Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Tuesday, April 25, 2017

Speech Delay 2

Selepas doktor di Klinik Kesihatan selama detect yang Rizqi lambat bercakap, kami dapat appointment bersama pakar di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang (BM). 

Kali pertama berjumpa pakar di hospital BM, Rizqi mungkin penat atau takde mood. Rizqi kurang beri kerjasama. Pakar tu cuba nak periksa telinga Rizqi. Sebab kata mereka, masalah kurang bercakap mungkin kerana masalah pendengaran. Saya tahu pendengaran Rizqi adalah baik. Sebab Rizqi boleh ikut hampir semua arahan saya kalau mood dia pun baik. Tapi takpe, saya ikut sahaja arahan pihak hospital. Ikut prosedur ye. 

Tapi hari tu Rizqi tak bagi orang pegang telinga dia pulak. Jadi, pihak hospital buat janji temu kedua, iaitu 4 bulan kemudian. Hamek kau! Kena paham ye. Kita appointment dengan hospital kerajaan. Yang penuh dengan rakyat marhean. Jadi, semua tarikh yang dekat-dekat dah pun penuh. Tunggu la kau lagi 4 bulan.

Dipendekkan cerita, 4 bulan kemudian, dalam April ni la, saya dan suami ambil cuti, kami bawak Rizqi ke hospital BM semula. 

Hari ni Rizqi baik je. Doktor pegang telinga pun dia senyum je. Macam malu-malu tapi dia biar je. So, doktor berjaya periksa telinga Rizqi. ada sedikit kekotoran dan air. Air tu sebab Rizqi sedang selsema masa tu. Kekotoran tu mungkin ada sejak lahir. Doktor bagi minyak zaitun untuk cuci dalam telinga.

Kemudian kami masuk ke bilik mainan. Dalam bilik tu, doktor ajak Rizqi main satu permainan. Rizqi perlu masukkan barang-barang mainan ke dalam bakul yang disediakan. Tapi yela. Anak saya manalah paham apa yang doktor tu cakap. Benda yang biasa dia dengar dia paham la. Kalau kat rumah lain caranya saya bagi arahan. Takdela se-skema mereka. Tapi takpe.Kita ikut jugak prosedur. 

Adalah beberapa arahan doktor yang Rizqi berjaya ikut. Tapi akhirnya, Pertemuan ini ditunda lagi ke bulan Jun. 

Lambat lagi rupanya nak habis. Haha.

Oklah. Kita tunggu cerita bulan Jun pula ye.

Untuk pengetahuan semua, Rizqi dah mula bercakap bahasa 'German'. Sepatah haram saya tak paham. Tapi dia cuba berkomunikasi dengan kami dengan bahasa dia tu.
Bila ke rumah saudara mara, ada yang kata ramai budak yang cakap macam tu, tapi akhirnya bercakap normal. Diharap mama Rizqi bersabar di atas dugaan ini. Ya! Sangat bersabar!  



Speech Delay

Monday, November 21, 2016

Speech Delay

Anak Saya Lambat Bercakap

Umur anak saya 1 tahun 6 bulan. Minggu lepas kami ke klinik untuk temu janji 1 tahun 6 bulan.
Sementara menunggu giliran, saya biarkan Rizqi main di 'play area' dalam klinik tu. Rizqi memang sukalah tempat macam tu. Dia akan panjat semua bahagian. Biasanya kalau ke taman permainan, Rizqi akan panjat papan gelongsor dengan sendiri dan turun sendiri. Mula-mula risau jugak. Tapi saya kena terima hakikat yang anak saya ni lelaki yang lasak.





Saya perasan Rizqi memang suka berkawan. Dia akan cuba bercakap-cakap dengan kanak-kanak yang baru dia jumpa di taman permainan atau mana-mana tempat. Contoh kali ini saya tengok dia cuba ikut kanak-kanak yang ada di klinik tu. Saya cuma biarkan saja. Kesian jugak sebab kanak-kanak lain cuba lari dari dia. Mungkin tak biasa. Haha




Bila tiba giliran Rizqi, seperti biasa nurse akan timbang & ukur tinggi Rizqi. Semua normal. Kemudian, sesi interview cara penjagaan anak. Semuanya normal juga sehinggalah nurse tu tanya, 'Rizqi dah panggil mama ke?' Oh, belum. Ya. Anak saya belum panggil saya mama. Dan saya jawab dengan jujur. Kena jujur ye puan-puan. Supaya tiada masalah kemudian hari. 
Sebelum ni memang saya dan suami selalu ajar anak saya panggil kami, mama dan ayah. Dan Rizqi pernah ajuk saya semasa saya panggil suami saya 'abang'. Rizqi pun panggil ayahnya "abang!". 

Tapi masalahnya sekarang, bukan setakat dia belum panggil mama atau ayah. Rizqi juga belum sebut "Nak..!" atau "akit...(sakit)" atau "akan...(makan)" atau "ucu...(susu)".

Kata nurse, sepatutnya umur Rizqi sekarang, Rizqi sudah boleh sebut 3 perkataan yang bermakna. Paling mudah seperti 'mama', 'ayah', atau 'nak', atau 'susu'.
Tapi tidak. Sekarang ni, apabila nak beritahu kami apa-apa, Rizqi cuma akan tunjuk atau nangis-nangis sahaja.

Nurse kemudian refer kami untuk jumpa doktor yang ada di klinik tu.

Ibu mana yang tak teringin nak dengar anaknya bercakap. Saya dan suami selalu cuba ajar Rizqi sebut apa-apa yang mudah. Tapi mungkin belum masanya. Suami pun selalu pesan kepada saya. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Anak kita ada kelebihan dia sendiri. Ya, Rizqi ada kelebihan dia sendiri. Dan saya selalu pujuk hati sendiri untuk sabar sebab saya memang bukan jenis penyabar. 

Ok, sambung cerita kat klinik tadi. Punyalah lama nak tunggu giliran untuk jumpa doktor. Yang jadi lewat ni, sebenarnya saya terlupa ada temu janji hari tu. Tujuan pulang ke Selama memang untuk ke klinik tapi boleh pulak lupa bila tiba harinya. Lagi lamalah Rizqi main di play area tu. Main penat-penat, balik rumah nanti, mesti dia terus tidur. 

Bila tiba giliran kami, saya pun disoal macam-macamlah oleh doktor tu. Sampai saya tak sedar saya terlepas Rizqi keluar dari bilik doktor tu. Fikiran saya masa tu sedikit terganggu la, sampai saya boleh lupa yang saya sepatutnya pegang Rizqi. Rizqi pulak memang sedang meronta nak keluar dari bilik tu. Patutlah doktor tu buat muka pelik. Nasib baiklah doktor jenis tak garang. Kalau dapat macam doktor MediKids tu, mati mak.

Kemudian, doktor tu cuba uji Rizqi. Alhamdulillah, Rizqi lulus ujian. 
Doktor tu bagi satu 'stamp' yang berpenutup seperti pen kepada Rizqi. Rizqi pon capai benda tu dan terus bukak. Kalut sikitlah doktor tu. Sebab mungkin 'stamp' tu boleh buat meja dia kotor. Haha.
Kemudian doktor bagi arahan-arahan mudah kepada Rizqi. Contohnya 'nah, ambik ni.' 'Bagi balik'. Rizqi boleh ikut semua tu. Jadi, doktor kata, motor skill dia ok. Masalah mulut je berat nak sebut apa-apa kot. Tapi doktor masih akan refer kepada pakar. Saya pilih untuk buat di Seberang Jaya saja. Mudah bagi kami sebab kami tinggal di Seberang Jaya.

Semasa saya menulis ni, kami belum tetapkan temu janji. Saya akan sambung cerita terapi bersama Rizqi lainkali ya. 







Monday, September 19, 2016

Makan Kenduri Sambil Makan Angin

Haa tudia tajuk...banyak makan sungguh.

Kali ini kita makan kenduri di Perlis.
Kenduri bekas housemate saya zaman bujang dulu.
Kenduri ni serentak dengan kenduri kakaknya.

Inilah dia pengantinnya. Nurul Asyikin.

Sepasang lagi pengantin ialah kakaknya. Sat nah nak buh gambaq.

Haa ni kak yon namanya. Kakak si Nurul. Cantik kan adik beradik ni.
Siapa pun kalu dah jadi pengantin mestilah cantik.

Nak dijadikan cerita, saya dan suami bertolak awal dari Seberang Jaya ke Perlis. Kami masuk laluan Alor Setar. Lebih dekat. Tak sampai 2jam dah sampai Kangar. 

Takkan nak makan kenduri pukol 10.30pagi kan. So, kami pun pergi sarapan dulu di restoran nasi kandar di hadapan bangunan KWSP Kangar. Apa nama kedai nasi kandar tu pon saya dah lupa. Itu jela kedai untuk sarapan yang paling saya ingat pon.

Setel je makan, kami terus ke Taman Anggur. Taman Anggur tu dekat saja dengan rumah kenduri. Tapi taman dalam proses pengubahsuaian pulak. Jadi, tak boleh la kami masuk. Dapat bergambar di luar jela. Bukti kita dah sampai. Haha.
Tengok jam pon masih awal. Bincang punya bincang laki bini, kami pon ke Timah Tasoh. Tak sampai 15 minit pon dari Taman Anggur tadi.

Ni la salah gambar di Tasik Tasoh.
Saya teringin lama dah nak datang ke sini. Kali terakhir saya ke sini pada tahun 2010. Aktiviti bersama Fakulti Sistem Elektrik Unimap.
Dapat bergambar jela. Tak bolehla berenang. Seram kot berenang di tasik yang tenang macam tu. Lagipon nak hujan. Nampak langit tu?

Lepas tu, suami kata, alang-alang jom kita ke Padang Besar la. Ok, shopping terus la mak. Gambar tak sempat ambik sebab hujan masa kami sampai. Tapi dapatla beli kelambu. Nyamuk banyak ok sekarang. Mencegah lebih baik daripada merawat. 
Saya dapat tangkap satu periuk kukus jugak. Beli yang kecik saja sebab belum tahu nak buat apa lagi. Cuma rasanya saya akan perlukan periuk kukus tu suatu hari nanti. Ibu mertua dah komplen. Awat hang amik kecik sangat ni. Shh ibu jangan bisng-bising, dapat tomyam dah kan.
Penat berjalan dengan bawak2 barang, dukung anak lagi. Gilir-gilir dukung tapi penat jugak. Ini cuaca agak mendung. Kalau cuaca panas mesti lagi cepat letih. 
Lepas tu kami terus bertolak ke rumah kenduri. 
Jam 2.30petang baru sampai. Pengantin pun dah mula sesi fotografi. Bolehla kita sibuk-sibuk masuk dalam gambar tu.
Siap isi perut, kami minta diri nak check in pulak. Kami bermalam di Hotel Seri Malaysia Kangar.
Setakat ni saya bagi 'A' untuk hotel ni. Sebab saya tak demand sangat asalkan apa yang kami patut dapat, kami dapatla.
Suami punyalah teruja nak berendam di swimming pool hotel ni. Kalut-kalut saya siapkan anak. 

Muka takut. 
Rizqi nangis-nangis sebab gayat kakinya tak cecah apa-apa.

Malam tu kami keluar makan di Embun Dingin Steamboat. Dalam 5 minit saja dari hotel.
Asalnya saya nak makan di Renaz Steamboat. Punyala cari tak jumpa pun kedai tu. Bila tanya orang, rupanya kedai tu dah tutup dan dah tukar nama pun. Rasanya baru je lagi saya baca testimoni blogger yang makan di Renaz. Takda rezeki saya. Embun Dingin ni pun ok cuma tak banyak pilihan macam restoran steamboat yang pernah saya makan sebelum ini.

Esoknya kami sambung aktiviti berenang. Suami taknak keluar awal. Rugi katanya bayar sewa tapi keluar awal pulak. Hampir jam 12 tengahari barulah kami check out.

Check out time ni, kena cari makan la kan. Puas dah google sebelum keluar tadi makan di mana. Saya pilih Anjung Keli. Tak sampai 10 minit dari hotel tu. Semuanya tempat yang kami pergi, pusing-pusing kawasan Kangar saja. 

Restoran ni memang best. Banyak sangat lauk-pauk. Sampai suami saya lama sangat duk pusing-pusing tempat lauk tu. Tak tahu nak pilih yang mana katanya.
Harga pun sangat berpatutan. Recommended untuk sesiapa yang suka lauk-pauk kampung ni.

Kenyang perut suka hati. Dengan suka hatinya kami bertolak ke Tasik Melati. Ada apa di tasik ni. Tak ada apa-apa yang menarik pun. Sunyi dan sepi. Tak ada pengunjung. Untuk yang sedang cari ketenangan lepas putus cinta bolehlah mai lepak sorang-sorang tenung air tasik tu. Saya naik mengantuk bila berjalan bawah pokok-pokok rendang tepi tasik tu. Selepas ambil gambar sekeping dua, kami pun dah agak puas, nak baliklah. Tak mahulah lama-lama. Nanti Rizqi buat perangai pulak.

Perlis kecil je. Boleh pergi banyak tempat dalam dua hari saja.
Saya dah biasa ke Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam. Jadi, kali ini tak rasa nak ke sana pun. Ada lagi tempat yang belum kami lawat bersama. Tapi suami kata, tak sesuailah nak bawa Rizqi. Tempat tu macam keras je. Macam Gua Kelam dan Bukit Air. Suami ada ajak masuk Taman Ular. Tak beranilah saya.

Ok, lainkali, ada rezeki, kita datang lagi ke Perlis ye. Banyak lagi tempat menarik yang kita belum tengok di sini. Negerinya kecil tapi nampak sangat luas dengan sawah-sawah padi dan kawasan-kawasan yang belum dibangunkan.
Tunggu Rizqi besar nanti, kita mai lagi. Cau..

















Tuesday, September 6, 2016

Review Coklat Love Habibi

Masalah angin memang masalah besar saya dari zaman anak dara lagi. Kalau silap makan sikit, mulalah perut ni tak senang duduk. Bila angin dah mula terperangkap dalam badan, saya memang jenis susah nak kentut dan sendawa. Tapi bila dah keluar angin tu, leganya rasa. 

Angin terperangkap dalam badan memang menyeksakan.
Dan dah pelbagai jenis ubat saya pernah makan untuk membuang angin. Banyak produk yang menjadi. Nak senaraikan pon dah lupa sebab terlalu banyak. 

Terbaru, saya cuba pulak Coklat Love Habibi. Coklat ini ialah produk Jamu Susuk Dara. 
Nama saja coklat tapi taklah semanis coklat. Saya pon tak tahu nak terangkan apa rasanya. Tak pahit. Ada rasa lemak-lemak coklat. Sedikit berangin.

Selepas seminggu makan coklat ini, saya memang mudah kentut, mudah membuang, badan sangat bertenaga, dan yang sedikit merisaukan ialah, saya jadi rindu kat suami. Oppss..Mungkin itu salah satu fungsi jamu susuk dara kot.

Siapa yang ada masalah seperti saya, bolehlah cuba coklat ni.
Harga coklat ni RM48. 
Kita kena gentel sendiri bagi dia jadi bulat-bulat. Jangan bagi kena air, nanti coklat ni tak tahan lama. Coklat ni tak busuk, jadi, saya tak ada masalah nak makan. Rasanya pon tak kuat.



Gambar ihsan google




Monday, July 18, 2016

Angin!!!


Kelmarin, saya kena tahan sebentar di unit kecemasan sebab angin sangkut. Terasa sesak nafas ni. Rasa nak muntah tapi tak muntah. Rasa nak sendawa tapi angin sendawa tak nak keluar. Terperangkap di dada saya. Seksa sangat.

 Lewat malam baru surrender dengan encik suami. Encik suami ajak ke hospital dari siang lagi. Jam 11 malam, Sabtu kami ke Hospital Selama. Anak kami ditinggalkan dengan mertua saya. Tujuan ke Selama pun sebab nak mengurut juga sebab saya dah mula rasa angin kus-kus ni sejak Khamis lagi(dua hari lepas).
Petang tadi dah dapat cuti sakit dari Klinik Azhar Kulim. Tapi pulang juga ke Selama sebab nak mengurut. Ingatkan boleh bertahan sampai esok. Haha. Akhirnya ke hospital juga saya.

Sampai saja kami di hospital, ada dua pesakit sedang dirawat di unit kecemasan hospital tu. Wah. Tak perlu beratur seperti di Penang.  Kalau masa sekarang di Penang, jangan haraplah boleh jumpa doktor segera.

Doktor yang memeriksa saya tu suspek saya sakit apendiks. Sebenarnya doktor Klinik Azhar tadi pun cakap macam tu jugak. Dia pesan, kalau bahagian kanan tu masih sakit lagi, sila ke hospital terus. Tapi saya sangat yakin saya diserang angin kus-kus. Sebabnya saya dah makan dua mangkuk mee kuah kelmarin. Haa itulah yang kita kata langgar pantang tu. Wanita lepas bersalin tak boleh makan makanan berangin. Mee adalah salah satu makanan penyumbang angin ke dalam badan.
Satu lagi sebab adalah kerana saya tidak pernah mengambil apa-apa ubat selepas bersalin. Nampak tak betapa berlagaknya ibu muda zaman sekarang? (muda ke)
Tapi saya saja kot yang ketegaq macam tu. Ibu-ibu lain bagus kan.

Selepas hampir 5 jam baring dengan tangan dicucuk untuk masuk air, saya dibenarkan pulang kerana tiada tanda-tanda sakit apendiks. Mereka buat blood test & urine test untuk saya. Terima kasih doktor. Kasihan encik suami tidur dalam kereta. Sayang abang ketat-ketat.

Saya diberi ubat angin, ubat gastrik dan ubat sakit perut. 
Alhamdulillah sakit berkurang. Tapi saya masih perlu bergantung kepada ubat.

Esoknya saya berurut. Badan memang terasa lebih ringan selepas berurut. 
Sedapnya berurut tu sampai saya janji dengan bidan tu nak jumpa lagi minggu depan. Seronok dia dapat client lagi minggu depan. Saya siap beli Arabica Coffee dan Tamar Cocoa yang beliau jual. Bagus betul bidan kampung ni. Sambil mengurut, sambil bisnes.

Selepas berurut, kami bersiap untuk pulang ke Seberang Jaya. Sebab sudah janji dengan maklang saya. Maklang buat open house. Raya tak habis lagi beb. Nak dijadikan cerita, elok sampai saja di rumah maklang, saya jadi tak sedap badan. Maklang pun jadi tukang urut sekejab. Haha. Dah la kena jaga cucu, kepung cucu ke sana ke mari. Kena urut mak cucu pulak. Kasihan maklang.

Sampai saja ke rumah kami, saya terus bakar batu untuk bertungku. Nasib baik batu ringan. Jadi rajin sikit nak bertungku sebab batu ringan. Kalau berat rasanya sampai hari ni tak bertungku.

Mulai hari ni, saya kenalah mula berpantang seperti ibu baru bersalin semula. Perlu berpantang semula kalau tak nak sakit macam kelmarin. 

Punya la rajin, tengah masak pun bertungku. Batu ringan kan. Terima kasih mak tolong cari batu sungai ni. Batu ni tahan panas sangat lama. Lepas sidai baju sambung bertungku sebab batu masih panas.


Tuesday, May 31, 2016

Kronologi kelahiran Rizqi

Mama dijangkakan melahirkan Rizqi pada 4 Jun 2016. Tapi Rizqi dah tak sabar nak keluar. 
Sebagai peringatan, setiap pengalaman ibu adalah berbeza. Bergantung kepada rezeki masing-masing.

28 Mei 2016
2pm - Mama perasan ada kesan darah. Nampak macam dah lama turun. Mungkin dari tengahari. Mama belum terasa sakit apa-apa. Jadi mama ingat nak pandu kereta ke hospital sendiri. Tapi opah suruh mama tunggu atuk balik kerja dulu. Opah takut mama gelabah.

5pm - Atuk sampai je, kami terus bertolak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Dulu hospital ini dikenali sebagai Hospital Besar Ipoh.

8pm -  Ramai sungguh orang yang menunggu masa untuk bersalin. Sekarang barulah mama dapat jumpa doktor. Itu pun doktor pelatih. Doktor ini doktor wanita berbangsa India. Masih muda. Beliau pegang perut mama. Katanya ada kontraksi tapi mama memang belum terasa sakit langsung. Cuma perut kerap mengeras. Kemudian pemeriksaan bukaan vagina (VE) dilakukan. Masih tiada bukaan.

9pm - Bagi mama ini terlalu lama. Satu jam menunggu barulah mama tahu seorang lagi doktor perlu memeriksa mama. Seorang doktor lelaki mungkin berbangsa India juga tapi kulitnya putih dan badannya sangat sasa. Boleh bayangkan saiz jarinya? Beliau melakukan pemeriksaan VE dan masih kosong.

10pm - Mama mula rasa sakit mencucuk-cucuk pada ari-ari selepas doktor lelaki tadi membuat VE. Tapi mama masih tidak perlu ditahan di hospital. Jadi, mama pulang semula ke rumah bersama opah dan atuk. Tapi mama yakin malam ini mama takkan boleh tidur nyenyak. 

29 Mei 2016
2am - Sakit datang setiap 5 minit. Mama risau mama tak dapat bertahan sampai pagi. Jadi, mama kejutkan opah. Opah pun kejutkan atuk. Mereka hantar mama ke hospital semula. Orang masih ramai di hospital. 

4am -  Mama diperiksa oleh doktor wanita yang sama. VE sudah pun 2cm. Mereka mengambil sampel darah mama dan mama ditahan di wad menunggu untuk bersalin. 

Mama terus menghantar SMS kepada ayah. Kemudian, mama takut jadi sesuatu yang kita semua tak duga, mama terus hubungi ayah. Nasib baik ayah tersedar. Kesian jugak kat ayah.  

10am - Dalam keadaan kelam kabut tu, kereta ayah berpusing di Grik. Nasib baik tak ada apa-apa berlaku. Ayah sampai kat mama dalam pukul 10pagi. Makteh baru sampai dari Sarawak. Jadi, opah dan atuk perlu ke Penang untuk menjemput makteh.

1pm - VE 4cm. Mama ditolak masuk ke labor room. Labor room ini labor room yang terbuka. Mama boleh dengar orang sebelah menjerit meneran. Ayah tidak dibenarkan masuk. Tinggallah mama seorang dalam tu. Doktor tanya, mama nak pain killer tak? Mama cakap tak mau la. Nanti jadi apa-apa kat baby macam mana.

6pm - Setiap 5 minit kontraksi datang menyerang tapi keadaan Rizqi masih baik. Jadi, semua kakitangan suruh mama bertahan. Sebab keadaan mama juga baik. Cuma mama seolah-olah tak boleh menahan sakit sangat. Mereka masih berharap mama dapat melahirkan secara normal.

11pm - VE masih 4cm. Jauh dalam sudut hati mama, mama sudah berputus asa. Mama dah tak dapat tahan lagi. Mama sedih sangat sebab mama kena tanggung sakit seorang diri dalam bilik ini. Tak ada siapa dibenarkan temankan mama. Setiapkali ada nurse yang lalu, mama akan tanya, mana suami saya? Semua cakap, suami tak boleh masuk sini.

30 Mei 2015

4am - Ada seorang nurse datang cek VE dan menasihati mama supaya bertahan. Nurse tu cucuk pain killer kat belakang mama. Tapi pain killer tu cuma melalikan mama. Ketika kontraksi datang, sedikit pun rasa sakit itu tak kurang. Sekurang-kurangnya, mama dapat rehat semasa kontraksi berhenti 5 minit.

5am -  Kakitangan akan bertukar shift. Nurse yang menjaga mama tu hantar mama ke labor room yang lebih besar. Bilik ini untuk mama seorang saja. Lebih banyak peralatan daripada bilik tadi. Kali ini ayah dibenarkan temankan mama. Perasaan mama masa tu lebih lega, sakitnya lebih kurang berbanding ketika keseorangan tadi. 

6am -  Seorang doktor wanita berbangsa India, beliau yang pecahkan air ketuban mama. Mula-mula, mama takut sangat tapi rupanya tak sakit langsung. Cuma boleh rasa air keluar suam-suam. Mereka kata, mungkin bila pecahkan air ketuban, akan cepatkan bukaan. Harap begitulah.

9am - Air ketuban dah keluar banyak tapi bukaan masih sama. Mama dah penat sangat. Ayah di sebelah mama pun penat. Mama tahu ayah pun tak cukup tidur. Mama rasa pelik, kenapa mama tidak di-induce seperti mereka yang pernah di-induce. 

12pm - Seorang doktor masuk dan bercakap dengan nurse yang ada di situ. Mama dengar dia cakap, czer jela. Mama dah tak sabar lagi. Bila nurse situ tanya mama, mama terus setuju. Ayah macam tak setuju. Tapi mama beritahu ayah yang mama dah dah tak tahan lagi. Ayah nampak sebak.
Kemudian mama tandatangan sendiri surat persetujuan untuk pembedahan.

3pm - Ramai sangat pesakit di hospital. Ramai juga yang nak bersalin pada hari itu. Dan ramai juga yang perlu dibedah. Jadi, mama masih perlu menunggu giliran walaupun sakit itu dah tak tertahan rasanya.
Ada rasa macam nak buang air besar pun ada. Tapi ada nurse yang pesan jangan teran. Nanti bengkak kepala anak tu. Aduh, memang tak tahu nak buat apa bila sakit itu datang.

5.30pm - Lega sangat bila kakitangan hospital datang untuk tolak mama ke bilik bedah. Sangat kalut keadaan dalam bilik tu sebab kontraksi asyik datang tiba-tiba dan mama asyik bergerak ke kiri dan ke kanan. Ada yang marah mama tapi mama pekakkan saja.

6.02pm - Lahirlah Muhammad Dzul Alifrizqi secara pembedahan kerana poor progress. (30 Mei 2015)

Kali pertama tengok Rizqi, mama terus bagi salam 'Assalamualaikum'...mereka letak Rizqi di atas dada mama. Mama cium Rizqi puas-puas. Hati mama lega sangat. Alhamdulillah.



P/S : Tujuan diletakkan jantina dan bangsa doktor adalah untuk menyegarkan kembali ingatan saya kepada mereka. Tiada tujuan perkauman atau sebagainya. Apa pun, mereka banyak membantu saya selama saya berada di sana. Terima kasih semua.

Benjolan pada kepala bayi






Rizqi pernah ada benjolan ini. Masa tu kami masih dalam pantang.
Yang saya tahu, benjolan itu tidak ada di kepalanya sejak lahir. Ia muncul selepas beberapa minggu.
Saya agak panik. Apatah lagi benjolan itu terlalu lembut seperti ada cairan di dalamnya. Risau juga benjolan itu pecah dan memudaratkan anak.

Saya bawa Rizqi ke klinik dan doktor buat pemeriksaan. Doktor tanya kalau-kalau Rizqi ada jatuh. Mestilah tak ada. Bayi dalam pantang mana boleh bergerak sangat pun dan kami menjaganya dengan sangat teliti.
Jadi, doktor simpulkan itu adalah trauma sewaktu kelahiran.
Selalunya akan hilang selepas beberapa hari.
Ya, memang benjolan itu hilang dan keadaan Rizqi adalah normal. 


Mungkin ada doktor yang mahu memberi pendapat tentang ini?

Monday, May 30, 2016

Bayi Cirit Birit Dan Susu Formula Pilihan Mama

Bila anak dah makin besar, dah makin aktif, mama la yang makin teruja nak buat benda baru.
Kesalahan mama kali ini ialah, mama bagi susu untuk bayi umur setahun awal seminggu sebelum harijadi Rizqi. 

Sebelum ini Rizqi minum susu Dutch Baby untuk 6-12 bulan. Baru-baru ini mama belikan susu Dutch Lady Curious untuk bayi umur 1-2 tahun. Mama pun cuba rasa juga susu ni. Rasa vanila yang amat kuat. Sedapla juga.

Baru sehari minum susu ni, Rizqi telah mengalami cirit-birit. Mungking kerana mama tak campur sikit-sikit dulu susu tu. 

Pada hari pertama, mama ingatkan itu kesan minum Jus Caliph. Tapi, masuk hari kedua, cirit-birit Rizqi bertambah teruk kerana sudah bercampur darah. Mestilah mama jadi kalut. 
Tapi mama perlu bertenang. Tak boleh buat kalut. Takut nanti ayah akan jadi lebih kalut apatah lagi kalau mama beritahu ayah tentang darah tu. Tak apa. Mama boleh cari ubat. 

Sebenarnya malam tadi mama dah google dah tentang cirit-birit Rizqi ni. 
Ramai ibu-ibu yang ada pengalaman seperti mama. Mereka akan cuba berikan susu tanpa laktosa kepada anak-anak mereka. Sebab mama yakin Rizqi jadi macam ni selepas minum susu baru tu.

Pagi ini, ayah pergi kerja. Mama minta izin ayah, mama nak bawak Rizqi keluar beli susu dan pergi klinik untuk ambil ubat cirit. Hari ini hari Sabtu. Klinik yang paling dekat buka lambat. Kita pergi beli susu saja. Mama belikan susu Similac Tanpa Laktosa yang tin kecil. Tujuan untuk cuba. Manalah tahu kalau Rizqi tolak susu ni.

Alhamdulillah, balik tu, Rizqi minum sampai habis.

Masa ayah balik kerja, mama suruh ayah makan dulu. Kemudian, mama ajak ayah ke klinik. Mama cakap, nak ambil ubat cirit untuk Rizqi. Nasib baiklah Rizqi aktif sangat-sangat. Tak nampak macam sakit pun. Jadi, takdalah ayahanda kalut. Haha. 
Sebelum bertolak ke klinik, Rizqi bagi 'hadiah' kat ayah dulu. Kesian ayah kena basuh punggung Rizqi. Hehe.

Kami ke klinik dan doktor suruh 'try & error' susu. Mungkin Rizqi 'lactose intolerant' katanya. Sebab Rizqi tak menunjukkan tanda-tanda keracunan makanan. Jadi, betullah kot apa yang mama baca tu. Mudah-mudahan susu yang mama beli tadi membantu.

Lepas jumpa doktor, kita terus balik rumah. Dan mama pantau Rizqi setiap masa. 

Alhamdulillah, lepas minum susu tu satu hari, Rizqi dah tak cirit lagi. Cepat betul kesan susu tu. Tapi mama kena ikut nasihat dari pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang lain. Rizqi minum dulu susu tu sampai perut Rizqi dah ok. Senang cerita, habiskan satu tin yang mama baru beli tu. Kalau ikot pesanan ramai, biar sampai dua minggu.

Ok, nanti kita update lagi perkembangan Rizqi lepas minum susu tu.