Tuesday, May 31, 2016

Kronologi kelahiran Rizqi

Mama dijangkakan melahirkan Rizqi pada 4 Jun 2016. Tapi Rizqi dah tak sabar nak keluar. 
Sebagai peringatan, setiap pengalaman ibu adalah berbeza. Bergantung kepada rezeki masing-masing.

28 Mei 2016
2pm - Mama perasan ada kesan darah. Nampak macam dah lama turun. Mungkin dari tengahari. Mama belum terasa sakit apa-apa. Jadi mama ingat nak pandu kereta ke hospital sendiri. Tapi opah suruh mama tunggu atuk balik kerja dulu. Opah takut mama gelabah.

5pm - Atuk sampai je, kami terus bertolak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Dulu hospital ini dikenali sebagai Hospital Besar Ipoh.

8pm -  Ramai sungguh orang yang menunggu masa untuk bersalin. Sekarang barulah mama dapat jumpa doktor. Itu pun doktor pelatih. Doktor ini doktor wanita berbangsa India. Masih muda. Beliau pegang perut mama. Katanya ada kontraksi tapi mama memang belum terasa sakit langsung. Cuma perut kerap mengeras. Kemudian pemeriksaan bukaan vagina (VE) dilakukan. Masih tiada bukaan.

9pm - Bagi mama ini terlalu lama. Satu jam menunggu barulah mama tahu seorang lagi doktor perlu memeriksa mama. Seorang doktor lelaki mungkin berbangsa India juga tapi kulitnya putih dan badannya sangat sasa. Boleh bayangkan saiz jarinya? Beliau melakukan pemeriksaan VE dan masih kosong.

10pm - Mama mula rasa sakit mencucuk-cucuk pada ari-ari selepas doktor lelaki tadi membuat VE. Tapi mama masih tidak perlu ditahan di hospital. Jadi, mama pulang semula ke rumah bersama opah dan atuk. Tapi mama yakin malam ini mama takkan boleh tidur nyenyak. 

29 Mei 2016
2am - Sakit datang setiap 5 minit. Mama risau mama tak dapat bertahan sampai pagi. Jadi, mama kejutkan opah. Opah pun kejutkan atuk. Mereka hantar mama ke hospital semula. Orang masih ramai di hospital. 

4am -  Mama diperiksa oleh doktor wanita yang sama. VE sudah pun 2cm. Mereka mengambil sampel darah mama dan mama ditahan di wad menunggu untuk bersalin. 

Mama terus menghantar SMS kepada ayah. Kemudian, mama takut jadi sesuatu yang kita semua tak duga, mama terus hubungi ayah. Nasib baik ayah tersedar. Kesian jugak kat ayah.  

10am - Dalam keadaan kelam kabut tu, kereta ayah berpusing di Grik. Nasib baik tak ada apa-apa berlaku. Ayah sampai kat mama dalam pukul 10pagi. Makteh baru sampai dari Sarawak. Jadi, opah dan atuk perlu ke Penang untuk menjemput makteh.

1pm - VE 4cm. Mama ditolak masuk ke labor room. Labor room ini labor room yang terbuka. Mama boleh dengar orang sebelah menjerit meneran. Ayah tidak dibenarkan masuk. Tinggallah mama seorang dalam tu. Doktor tanya, mama nak pain killer tak? Mama cakap tak mau la. Nanti jadi apa-apa kat baby macam mana.

6pm - Setiap 5 minit kontraksi datang menyerang tapi keadaan Rizqi masih baik. Jadi, semua kakitangan suruh mama bertahan. Sebab keadaan mama juga baik. Cuma mama seolah-olah tak boleh menahan sakit sangat. Mereka masih berharap mama dapat melahirkan secara normal.

11pm - VE masih 4cm. Jauh dalam sudut hati mama, mama sudah berputus asa. Mama dah tak dapat tahan lagi. Mama sedih sangat sebab mama kena tanggung sakit seorang diri dalam bilik ini. Tak ada siapa dibenarkan temankan mama. Setiapkali ada nurse yang lalu, mama akan tanya, mana suami saya? Semua cakap, suami tak boleh masuk sini.

30 Mei 2015

4am - Ada seorang nurse datang cek VE dan menasihati mama supaya bertahan. Nurse tu cucuk pain killer kat belakang mama. Tapi pain killer tu cuma melalikan mama. Ketika kontraksi datang, sedikit pun rasa sakit itu tak kurang. Sekurang-kurangnya, mama dapat rehat semasa kontraksi berhenti 5 minit.

5am -  Kakitangan akan bertukar shift. Nurse yang menjaga mama tu hantar mama ke labor room yang lebih besar. Bilik ini untuk mama seorang saja. Lebih banyak peralatan daripada bilik tadi. Kali ini ayah dibenarkan temankan mama. Perasaan mama masa tu lebih lega, sakitnya lebih kurang berbanding ketika keseorangan tadi. 

6am -  Seorang doktor wanita berbangsa India, beliau yang pecahkan air ketuban mama. Mula-mula, mama takut sangat tapi rupanya tak sakit langsung. Cuma boleh rasa air keluar suam-suam. Mereka kata, mungkin bila pecahkan air ketuban, akan cepatkan bukaan. Harap begitulah.

9am - Air ketuban dah keluar banyak tapi bukaan masih sama. Mama dah penat sangat. Ayah di sebelah mama pun penat. Mama tahu ayah pun tak cukup tidur. Mama rasa pelik, kenapa mama tidak di-induce seperti mereka yang pernah di-induce. 

12pm - Seorang doktor masuk dan bercakap dengan nurse yang ada di situ. Mama dengar dia cakap, czer jela. Mama dah tak sabar lagi. Bila nurse situ tanya mama, mama terus setuju. Ayah macam tak setuju. Tapi mama beritahu ayah yang mama dah dah tak tahan lagi. Ayah nampak sebak.
Kemudian mama tandatangan sendiri surat persetujuan untuk pembedahan.

3pm - Ramai sangat pesakit di hospital. Ramai juga yang nak bersalin pada hari itu. Dan ramai juga yang perlu dibedah. Jadi, mama masih perlu menunggu giliran walaupun sakit itu dah tak tertahan rasanya.
Ada rasa macam nak buang air besar pun ada. Tapi ada nurse yang pesan jangan teran. Nanti bengkak kepala anak tu. Aduh, memang tak tahu nak buat apa bila sakit itu datang.

5.30pm - Lega sangat bila kakitangan hospital datang untuk tolak mama ke bilik bedah. Sangat kalut keadaan dalam bilik tu sebab kontraksi asyik datang tiba-tiba dan mama asyik bergerak ke kiri dan ke kanan. Ada yang marah mama tapi mama pekakkan saja.

6.02pm - Lahirlah Muhammad Dzul Alifrizqi secara pembedahan kerana poor progress. (30 Mei 2015)

Kali pertama tengok Rizqi, mama terus bagi salam 'Assalamualaikum'...mereka letak Rizqi di atas dada mama. Mama cium Rizqi puas-puas. Hati mama lega sangat. Alhamdulillah.



P/S : Tujuan diletakkan jantina dan bangsa doktor adalah untuk menyegarkan kembali ingatan saya kepada mereka. Tiada tujuan perkauman atau sebagainya. Apa pun, mereka banyak membantu saya selama saya berada di sana. Terima kasih semua.

Benjolan pada kepala bayi






Rizqi pernah ada benjolan ini. Masa tu kami masih dalam pantang.
Yang saya tahu, benjolan itu tidak ada di kepalanya sejak lahir. Ia muncul selepas beberapa minggu.
Saya agak panik. Apatah lagi benjolan itu terlalu lembut seperti ada cairan di dalamnya. Risau juga benjolan itu pecah dan memudaratkan anak.

Saya bawa Rizqi ke klinik dan doktor buat pemeriksaan. Doktor tanya kalau-kalau Rizqi ada jatuh. Mestilah tak ada. Bayi dalam pantang mana boleh bergerak sangat pun dan kami menjaganya dengan sangat teliti.
Jadi, doktor simpulkan itu adalah trauma sewaktu kelahiran.
Selalunya akan hilang selepas beberapa hari.
Ya, memang benjolan itu hilang dan keadaan Rizqi adalah normal. 


Mungkin ada doktor yang mahu memberi pendapat tentang ini?

Monday, May 30, 2016

Birthday cake for Rizqi

Kek kit-kat.
Inilah birthday cake untuk Rizqi tersayang. Ditempah khas dari maknjang saya.

Maknjang ialah adik kepada mak saya. Dan kek ni pun maknjang letak harga murah-murah je dengan niat nak sedekah untuk Rizqi. Terima kasih maknjang!

Saya memang request kek yang letak kitkat ni. Kek adalah kek coklat lembab dan topping cream cheese. Sangat sedap dan adik beradik makan bertambah.
Maaf tak ada gambar selepas dipotong. Semua sibuk makan lepas kek dipotong. 

Sangat lucu bila semua orang cuba nak gigit love-love warna-warni tu. Rupanya plastik saja. Semua tertipu. Haha.

Masa mula-mula maknjang hantar gambar ni terkejut juga sebab saya terbayang dah nama Rizqi di atas kek ni. Tapi macam ni pon boleh la. Masih nampak meriah dan cantik.
Tahun depan saya boleh request lagi. Saya dah pesan pada maknjang, tahun depan mungkin saya akan lebih cerewet. Haha. Sebab tahun ni saya mesej maknjang setiap minggu tanya pasal kek. Macam la boleh buat awal-awal. Kalut sungguh.






Bayi Cirit Birit Dan Susu Formula Pilihan Mama

Bila anak dah makin besar, dah makin aktif, mama la yang makin teruja nak buat benda baru.
Kesalahan mama kali ini ialah, mama bagi susu untuk bayi umur setahun awal seminggu sebelum harijadi Rizqi. 

Sebelum ini Rizqi minum susu Dutch Baby untuk 6-12 bulan. Baru-baru ini mama belikan susu Dutch Lady Curious untuk bayi umur 1-2 tahun. Mama pun cuba rasa juga susu ni. Rasa vanila yang amat kuat. Sedapla juga.

Baru sehari minum susu ni, Rizqi telah mengalami cirit-birit. Mungking kerana mama tak campur sikit-sikit dulu susu tu. 

Pada hari pertama, mama ingatkan itu kesan minum Jus Caliph. Tapi, masuk hari kedua, cirit-birit Rizqi bertambah teruk kerana sudah bercampur darah. Mestilah mama jadi kalut. 
Tapi mama perlu bertenang. Tak boleh buat kalut. Takut nanti ayah akan jadi lebih kalut apatah lagi kalau mama beritahu ayah tentang darah tu. Tak apa. Mama boleh cari ubat. 

Sebenarnya malam tadi mama dah google dah tentang cirit-birit Rizqi ni. 
Ramai ibu-ibu yang ada pengalaman seperti mama. Mereka akan cuba berikan susu tanpa laktosa kepada anak-anak mereka. Sebab mama yakin Rizqi jadi macam ni selepas minum susu baru tu.

Pagi ini, ayah pergi kerja. Mama minta izin ayah, mama nak bawak Rizqi keluar beli susu dan pergi klinik untuk ambil ubat cirit. Hari ini hari Sabtu. Klinik yang paling dekat buka lambat. Kita pergi beli susu saja. Mama belikan susu Similac Tanpa Laktosa yang tin kecil. Tujuan untuk cuba. Manalah tahu kalau Rizqi tolak susu ni.

Alhamdulillah, balik tu, Rizqi minum sampai habis.

Masa ayah balik kerja, mama suruh ayah makan dulu. Kemudian, mama ajak ayah ke klinik. Mama cakap, nak ambil ubat cirit untuk Rizqi. Nasib baiklah Rizqi aktif sangat-sangat. Tak nampak macam sakit pun. Jadi, takdalah ayahanda kalut. Haha. 
Sebelum bertolak ke klinik, Rizqi bagi 'hadiah' kat ayah dulu. Kesian ayah kena basuh punggung Rizqi. Hehe.

Kami ke klinik dan doktor suruh 'try & error' susu. Mungkin Rizqi 'lactose intolerant' katanya. Sebab Rizqi tak menunjukkan tanda-tanda keracunan makanan. Jadi, betullah kot apa yang mama baca tu. Mudah-mudahan susu yang mama beli tadi membantu.

Lepas jumpa doktor, kita terus balik rumah. Dan mama pantau Rizqi setiap masa. 

Alhamdulillah, lepas minum susu tu satu hari, Rizqi dah tak cirit lagi. Cepat betul kesan susu tu. Tapi mama kena ikut nasihat dari pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang lain. Rizqi minum dulu susu tu sampai perut Rizqi dah ok. Senang cerita, habiskan satu tin yang mama baru beli tu. Kalau ikot pesanan ramai, biar sampai dua minggu.

Ok, nanti kita update lagi perkembangan Rizqi lepas minum susu tu.

Sunday, May 29, 2016

Birthday Anak Mama

Hari ini adalah hari jadi tahun pertama anak mama, Muhammad Dzul Alifrizqi.

Selamat Hari Jadi Rizqi !

Dah setahun rupanya anak mama. Sekejab sangat masa berlalu. Kalau kata tak terasa tu tipu lah. Tapi mama masih boleh rasa sakit bersalin setahun yang lepas. Bagaimana rasa takutnya mama, betapa risaunya mama bila ditinggalkan keseorangan dalam wad bersalin yang sunyi. Bunyi yang ada cuma bunyi kipas angin atau bunyi mesin apa pun mama tak tahu. Tapi alhamdulillah, mama berjaya melahirkan bayi lelaki yang sangat comel. Mama bersyukur sangat. Mama dan ayah sayang Rizqi!

Untuk hari jadi yang pertama ini, memang mama agak teruja. Begitu juga ayah. Kami rancang dan berfikir mahu belikan macam-macam sebagai hadiah harijadi Rizqi. Tapi bila fikirkan semula, lagi bagus kalau kami hadiahkan semua itu ketika Rizqi sudah boleh mengingati semua peristiwa-peristiwa manis ini.
Jadi, kami adakan majlis harijadi Rizqi yang pertama kali ini dengan begitu ringkas. Hanya belikan sebiji kek yang mama tempah dari toknjang, dan bawak keluarga ayah makan-makan di KFC Jalan Baru Seberang Perai, Pulau Pinang. 

Semoga Rizqi membesar dengan sihat dan kuat.
Semoga Rizqi menjadi anak yang soleh.
Aminn...














Jun Juara Ceria Popstar 2016

Kan mama dah kata, Jun pasti juara. 
Tahniah Jun!





Credit to: astrogempak

Tuesday, May 24, 2016

Ceria Popstar 2016

Sejak ada anak, kena selalu layan channel kartun. 
Channel yang menjadi pilihan mestilah Astro Ceria 611. Channel ini selalu tayang lagu-lagu Didi & friends. Memang Rizqi layan la kan.
Sekarang ini Ceria Popstar sedang rancak ditayangkan. Rizqi kalau dengar suara Awie & Siti Norhaliza berbual, cepat-cepat merangkak ke TV sebab nak dengar suara mereka. Padahal dia tak paham apa pun.
Kadang-kadang, bila Rizqi dah tertidur, mama yang akan sambung tengok Ceria Popstar ni.
Minggu lepas Eylia dan Sista dah tersingkir. Sedihnya. Memang mama selalu tunggu mereka ni beraksi. Lagi seorang, Jun, bintang dari Sabah. Mereka memang berbakat. 
Mama harap Jun jadi juara tahun ini. Amin...


Sista

Eylia

Jun






Monday, May 23, 2016

Kerap Demam

Baru-baru ni Rizqi demam. 
Tapi alhamdulillah, bulan ini, baru sekali ini sahaja Rizqi demam. Bulan lepas, boleh kata setiap minggu Rizqi demam. Mama dan ayah Rizqi memang gelabah la bila Rizqi meragam sepanjang demam. 
Setiap minggu kami ke klinik. 
Kali ini pon kami ke klinik. Tapi esoknya, mama rasa nak bagi Rizqi cuba minum jus caliph. Alhamdulillah...syukur sangat, selepas minum jus caliph tu, demam Rizqi kebah sehingga hari ini. Harap demam tu tak kembalilah. Sebabnya, demamnya selalu on off. Kita ingat dah ok, tengok petang nanti demam semula. 
Bukan mama nak kata anak mama tak boleh demam, tapi janganlah tiap minggu kan. Kesian tengok anak asyik meragam. Nak beritahu sakit apa tapi tak pandai bercakap lagi.
Mama anggap ini ujian sebelum Rizqi masuk umur setahun. 
Seminggu je lagi birthday Rizqi yang pertama. Ayah dah tak sabar nak makan kek katanya.


Mandi air asam jawa



Muka budak demam



P/S : Kali pertama Rizqi demam, kami ke Klinik Pakar Kanak-kanak Medikids Seberang Jaya, Pulau Pinang. Doktornya yang bernama Dr. CS Yong, sangat biadap orangnya. Pekerjanya semua bagus tapi bos pulak tak ok. So not recommended to everyone. Nak bisnes, kena jaga hati customer ye. Saya ada google komen orang lain, ada la jugak yang pernah tak puas hati dengan klinik ni walaupun tak ramai yang komplen. Tapi at least mama tahu, bukan mama sorang yang sakit hati. 
Bercakap dengan customer macam nak ajak bergaduh, dan bagi macam2 jenis ubat sampai ada yang kami tak guna pun.
Saya recommend anda semua ke Klinik Singapore di Seberang Jaya. Doktor dan staf-staf sangat bagus. Melayan dengan baik tanpa membezakan kulit dan kasta. Sekian. :) 

Monday, May 16, 2016

Kek, Pavlova, dan lain-lain

Hai semua..

Saya nak tolong promosikan bisnes maknjang saya

Pelbagai jenis kek dan manisan. Boleh request mengikut citarasa masing2.

Kalau berminat boleh hubungi beliau ok..

Hasitah - 017-4640172

Juga boleh dapatkan ready made di Border's Tea Seberang Jaya, Pulau Pinang.









Saturday, May 14, 2016

Cloth Diapers 2

Sebenarnya saya dah lama teringin nak beli cloth diapers (CD) ni tapi tak mampu sebab harganya boleh tahan la.
Saya mula beli CD ketika cuti hari pekerja baru-baru ini. Itu pun sebab ada promosi dari QQ Baby Shop. Saya beli di kawasan Kamunting Taiping.





Agak murah dan mampu milik. 
Dapat la Rizqi bergaya dengan CD yang comel-comel ni.

Yang penting bukan tentang gaya tapi ruam lampin juga dapat dikurangkan.
Secara jujur, Rizqi masih ada ruam tapi tidak seteruk dulu.


Baca juga:

Jus Caliph



Rizqi sudah berhenti minum susu badan sejak umur 3 bulan lagi dan dia selalu ada masalah sembelit. 
Jadi, saya perlu selalu menjaga pemakanan Rizqi & mencari makanan tambahan yang sesuai dengan perutnya. Supaya dia dapat membuang dengan lancar. Kesian bila tengok dia menangis setiap kali nak membuang. 
Jus Caliph agak membantu proses penghadaman Rizqi.
Sebagai permulaan, Rizqi memang membuang setiap hari semenjak minum Jus Caliph.





Cloth Diapers 1


Rizqi nampak bergaya dengan zig zag




Pattern yang sangat comel untuk si manja mama





Tak perlu lagi memakai seluar




Baca juga:






Monday, May 9, 2016

Bismillah hirrahman nirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Saya teringin nak berblog dah lama dah. Sekarang baru berkesempatan.
Mungkin saya boleh simpan apa-apa kenangan di sini. Bila baca kembali, boleh mengingatkan saya kepada memori itu. Di samping berkongsi kisah-kisah menarik yang mungkin jadi panduan kita bersama. In sha allah


Enjoy It While It Lasts
Easy Wanderlings


I took an oath to stand my ground when the feeling comes
And greys the day
Listen carefully, I hear the song
The wind brings along to help carry on
ooooooooo oooooooo
Doesn't it feel good?
oooooooo oooooooooo
Enjoy it while it lasts
Through snow we ran, I recall her glance
Then the ray fades and we split ways
The moment you know that this will end
and stay a memory, or a beautiful dream.
Ohooooooooooooo Why waste time
when there is none
Ohhhhhhhhh Ohooooooo
Enjoy it while it lasts
Enjoy it while it lasts...