Sunday, June 19, 2016

Warded !!

5 Jun 2016



Tadaa...!
Gambar budak sakit kena tahan di hospital.
Sebenarnya sehari sebelum ditahan, kami di Selama, Perak, rumah mertua saya. Kami dah perasan nafas Rizqi berbunyi masa dia tidur. Bila batuk pula bunyi kahak sangat kuat. Jadi saya cadang nak bawa Rizqi ke klinik yang dekat dengan rumah kami di Seberang Jaya pada pagi Isnin. Kebetulan masa dalam perjalanan dari Selama ke Pulau Pinang, kami lalui Kulim. Ada sebuah klinik yang masih beroperasi. Rezeki Rizqi la. Sebab hari ini hari Ahad. Bukan senang nak jumpa klinik.

Klinik ini namanya Klinik Kamachi, sebuah klinik pakar kanak-kanak di Kulim. Doktor yang memeriksa Rizqi terus cadangkan dibuat rawatan 'Nebulizer' pada masa tu juga. Kemudian doktor cadangkan supaya Rizqi dimasukkan ke mana-mana hospital untuk menjalani rawatan yang sama selama sehari semalam. Sebab pernafasan Rizqi nampak penat. Beliau mengeluarkan satu surat terbuka supaya mudah kami memilih hospital yang kami mahu.

Berat juga hati saya nak masukkan Rizqi ke hospital. Kami berdua pasti bosan di sana. Tapi demi kesihatan Rizqi, terpaksalah juga. Memandangkan Rizqi memiliki medical card Prudential BSN Takaful, saya pilih Hospital Bagan Specialist Centre di Butterworth.

Kami di sini selama dua hari dua malam-Ahad & Isnin. Bosan tu jangan cakaplah. Saya mulakan puasa Ramadhan tahun ini di hospital. Selasa barulah kami pulang ke rumah. Lega rasa hati.




P/s:  Rizqi belum sembuh sepenuhnya bila pulang ke rumah. Masih berhingus dan berkahak. Saya pun cubalah petua orang ramai, iaitu, makan aiskrim vanila. Saya beli jenama Walls. Alhamdulillah, lepas dua hari selsema Rizqi hilang dan dah tak batuk lagi. Hairan juga kan.