Saturday, March 25, 2017

Trip 3 hari 2 malam ke Pangkor!

      Ini kali kedua kami akan ke Pangkor. Dulu masa kali pertama ke sana berdua saja. Masa tu konon honeymoon la. Selesai kenduri di rumah suami, esoknya terus lari ke Pangkor. Kali ni kami datang bertiga, dengan hero, permata hati mama seorang ni.

Trip kali ni memang dirancang sebab saya memang tak suka benda last minit. Saya dah tempah bilik awal walaupon saya tahu bukan susah nak walk in dan dapat harga murah di Pangkor.

Dan saya sudah pun rancang segala aktiviti kami di sana, so, takdalah buang masa. Padahal tujuan trip ini adalah untuk rileks-rileks tapi mama buat jadi macam rombongan sekolah pulak. Bukan semua aktiviti berjalan seperti jadual pun. Tapi sekurang-kurangnya kami tak pikir lama sebelum keluar dari bilik tu.

Ok, pada hari pertama, kami bertolak awal dari Penang sebab dah target nak check in ke resort tu sebelum jam 3 petang. Kali pertama ke Pangkor dulu, kami ikut laluan ke Ipoh, so, dah buang banyak masa sebenarnya di situ. Kerana laluan lebih dekat antara Penang-Lumut adalah melalui Changkat Jering. Tengok maps yang saya attach di bawah ye.




Kami terus menuju ke Lumut sebab kami pernah parking di Lumut. Tak pernah lagi ke Marina. Lagipun kami tak lah terkejar masa sangat. Kalau naik bot dari Marina lebih cepat sampai ke Pangkor.

Di Lumut, kami parking kereta di parking berbumbung. Harga parking sangat berpatutan. Kami pilih petak parking betul-betul depan CCTV. Mudah la kalau apa-apa terjadi nanti. Harap tak jadi apa-apa la kan kepada semua, sesiapa saja.

Lepas parking, kami terus ke jeti. Suami saya ke kaunter tiket dulu sementara saya dan anak duduk di restoran di jeti tu. Banyak restoran di jeti, pilih saja mana-mana. Tapi harga makanan di situ boleh tahan la mahalnya. Lepas makan, kami tak perlu tunggu lama sebab bot pun sudah sampai.

Sepanjang perjalanan ke Pangkor, kami suami isteri agak gelisah sebab Rizqi, anak kami tu takut air rupanya. Rizqi macam tak boleh tengok laut besar macam tu. Dia nangis-nangis je. Masa tu dalam hati saya duk kata, cepat-cepatlah sampai sana. Puas pujuk macam-macam. Dia berhenti nangis tapi masih merengek-rengek.

Sampai sana, kami lega sikit la. Turun je dari bot, ramainya owner motor sewa dan kereta sewa duk menunggu mangsa. Haha

Kami pilih satu motor skuter yang agak baru. Sewa untuk dua hari dengan harga RM70. Suami kata oklah tu, motor baru kan. Tapi minyak takde. Kena cari stesen minyak dan barulah ke resort. Kami jimat-jimat. Cuma isi RM4 je untuk dua hari.

Sampai di resort sudah hampir jam 3 petang. Di kaunter tu ada tulis, boleh check in bermula jam 2.30petang. Kami menginap di Pangkor Bay view Resort dengan harga RM135 satu malam. Kawan saya menginap di resort yang sama, tapi bukan hujung minggu dengan harga RM100 satu malam, jeles ok. Resort ok sebab ada swimming pool. 

Inilah rupa bilik kami. Kami bukan jenis high demand, so, kami dah cukup puas hati.
(Gambar ihsan google)



Mama dan ayah memang dah berangan nak berendam lama-lama kat swimming pool tu. Tapi nasib badanla anak nangis-nangis kat pool. Nampak macam kami dera anak pulak. So, cuma duduk sekejab saja di pool. Kami ke pantai. Mandi laut lagi best sebab orang tak dengar Rizqi nangis. Bunyi ombak lebih kuat. Jahat tak mama. Tapi tak lama sebab di pantai ada batu-batu dan kulit kerang. Rizqi main-main dengan batu-batu sampai lupa yang dia takut air.

Puting tetap lekat di situ


Tempat-tempat yang kami lawati semasa di Pangkor ialah, Kota Belanda dan Taman Fu Lin Kong.
Aktiviti lain tak sempat buat sebab hari hujan. Haha. Penat mama buat jadual aktiviti kan. Lagipun, bawak anak kecik, aktiviti agak terhad. Ayahnya boleh je nak pergi snorkelling tapi dia pikir, takkan dia nak bercakap sorang-sorang kat sana. Betul jugak. Jadi, kami betul-batul habiskan masa bertiga di sana. 

Rizqi suka naik motor. Jadi, kami memang banyak meronda dengan motor.

Saya sempatlah beli ikan bilis di Kedai Paksu yang glamor tu. Tapi ole-ole banyak beli di Lumut. Mudah sebab tak perlu bawak banyak barang naik bot.

Hari yang last tu, kami mandi laut sekali lagi sebelum check out. Makan tengah hari di Lumut jugak.

Ok, sampai di situ saja trip kali ni.

Nak share satu cerita, saya sudah pun tempah tiket ke Sabah untuk November ni. Tapi, malangnya atau bertuahnya, tapi saya pilih bertuahnya, selepas menempah tiket yang berharga RM800 untuk 3 orang tersebut, saya disahkan hamil sebulan setengah. Saya tak perasan pulak. November tu nanti, saya dah hampir bersalin pun. Boleh je nak tukar tarikh tapi kena tambah banyak RM lagi. Lari pulak bajet raya nanti. Jadi, terpaksalah burn tiket tu sebab tiket tu tiket promosi. Mahal kan tiket promosi yang saya dapat. Suami tak nak pergi sana seorang. Tak pe. Bukan rezeki kami. Saya dah redho sebab apa yang bakal kami terima jauh lebih berharga daripada RM800 itu. Insha allah.

P/s: Semoga kebahagiaan milik semua. Doakan saya dan baby baru, dan keluarga saya semuanya  sihat sejahtera. Aminn..