Mama
dijangkakan melahirkan Rizqi pada 4 Jun 2016. Tapi Rizqi dah tak sabar nak
keluar.
Sebagai peringatan, setiap pengalaman ibu adalah berbeza. Bergantung kepada rezeki masing-masing.
28 Mei 2016
2pm - Mama
perasan ada kesan darah. Nampak macam dah lama turun. Mungkin dari tengahari.
Mama belum terasa sakit apa-apa. Jadi mama ingat nak pandu kereta ke hospital
sendiri. Tapi opah suruh mama tunggu atuk balik kerja dulu. Opah takut mama
gelabah.
5pm - Atuk
sampai je, kami terus bertolak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Dulu
hospital ini dikenali sebagai Hospital Besar Ipoh.
8pm -
Ramai sungguh orang yang menunggu masa untuk bersalin. Sekarang barulah
mama dapat jumpa doktor. Itu pun doktor pelatih. Doktor ini doktor wanita
berbangsa India. Masih muda. Beliau pegang perut mama. Katanya ada kontraksi
tapi mama memang belum terasa sakit langsung. Cuma perut kerap mengeras.
Kemudian pemeriksaan bukaan vagina (VE) dilakukan. Masih tiada bukaan.
9pm - Bagi
mama ini terlalu lama. Satu jam menunggu barulah mama tahu seorang lagi doktor
perlu memeriksa mama. Seorang doktor lelaki mungkin berbangsa India juga tapi
kulitnya putih dan badannya sangat sasa. Boleh bayangkan saiz jarinya? Beliau
melakukan pemeriksaan VE dan masih kosong.
10pm - Mama
mula rasa sakit mencucuk-cucuk pada ari-ari selepas doktor lelaki tadi membuat
VE. Tapi mama masih tidak perlu ditahan di hospital. Jadi, mama pulang semula
ke rumah bersama opah dan atuk. Tapi mama yakin malam ini mama takkan boleh
tidur nyenyak.
29 Mei 2016
2am - Sakit
datang setiap 5 minit. Mama risau mama tak dapat bertahan sampai pagi. Jadi,
mama kejutkan opah. Opah pun kejutkan atuk. Mereka hantar mama ke hospital
semula. Orang masih ramai di hospital.
4am -
Mama diperiksa oleh doktor wanita yang sama. VE sudah pun 2cm. Mereka
mengambil sampel darah mama dan mama ditahan di wad menunggu untuk
bersalin.
Mama terus
menghantar SMS kepada ayah. Kemudian, mama takut jadi sesuatu yang kita semua
tak duga, mama terus hubungi ayah. Nasib baik ayah tersedar. Kesian jugak kat
ayah.
10am - Dalam keadaan kelam kabut tu, kereta ayah berpusing di Grik. Nasib
baik tak ada apa-apa berlaku. Ayah sampai kat mama dalam pukul 10pagi. Makteh
baru sampai dari Sarawak. Jadi, opah dan atuk perlu ke Penang untuk menjemput
makteh.
1pm - VE 4cm. Mama ditolak masuk ke labor room. Labor room ini labor room yang
terbuka. Mama boleh dengar orang sebelah menjerit meneran. Ayah tidak
dibenarkan masuk. Tinggallah mama seorang dalam tu. Doktor tanya, mama nak pain
killer tak? Mama cakap tak mau la. Nanti jadi apa-apa kat baby macam mana.
6pm - Setiap 5 minit kontraksi datang menyerang tapi keadaan Rizqi masih baik.
Jadi, semua kakitangan suruh mama bertahan. Sebab keadaan mama juga baik. Cuma
mama seolah-olah tak boleh menahan sakit sangat. Mereka masih berharap mama
dapat melahirkan secara normal.
11pm - VE masih 4cm. Jauh dalam sudut hati mama, mama sudah berputus asa. Mama
dah tak dapat tahan lagi. Mama sedih sangat sebab mama kena tanggung sakit
seorang diri dalam bilik ini. Tak ada siapa dibenarkan temankan mama.
Setiapkali ada nurse yang lalu, mama akan tanya, mana suami saya? Semua cakap,
suami tak boleh masuk sini.
30 Mei 2015
4am - Ada seorang nurse datang cek VE dan menasihati mama supaya bertahan.
Nurse tu cucuk pain killer kat belakang mama. Tapi pain killer tu cuma
melalikan mama. Ketika kontraksi datang, sedikit pun rasa sakit itu tak kurang.
Sekurang-kurangnya, mama dapat rehat semasa kontraksi berhenti 5 minit.
5am - Kakitangan akan bertukar shift. Nurse yang menjaga mama tu hantar
mama ke labor room yang lebih besar. Bilik ini untuk mama seorang saja. Lebih
banyak peralatan daripada bilik tadi. Kali ini ayah dibenarkan temankan mama.
Perasaan mama masa tu lebih lega, sakitnya lebih kurang berbanding ketika
keseorangan tadi.
6am - Seorang doktor wanita berbangsa India, beliau yang pecahkan air
ketuban mama. Mula-mula, mama takut sangat tapi rupanya tak sakit langsung.
Cuma boleh rasa air keluar suam-suam. Mereka kata, mungkin bila pecahkan air
ketuban, akan cepatkan bukaan. Harap begitulah.
9am - Air ketuban dah keluar banyak tapi bukaan masih sama. Mama dah penat
sangat. Ayah di sebelah mama pun penat. Mama tahu ayah pun tak cukup tidur.
Mama rasa pelik, kenapa mama tidak di-induce seperti mereka yang pernah
di-induce.
12pm - Seorang doktor masuk dan bercakap dengan nurse yang ada di situ. Mama
dengar dia cakap, czer jela. Mama dah tak sabar lagi. Bila nurse situ tanya
mama, mama terus setuju. Ayah macam tak setuju. Tapi mama beritahu ayah yang
mama dah dah tak tahan lagi. Ayah nampak sebak.
Kemudian
mama tandatangan sendiri surat persetujuan untuk pembedahan.
3pm - Ramai sangat pesakit di hospital. Ramai juga yang nak bersalin pada hari
itu. Dan ramai juga yang perlu dibedah. Jadi, mama masih perlu menunggu giliran
walaupun sakit itu dah tak tertahan rasanya.
Ada rasa
macam nak buang air besar pun ada. Tapi ada nurse yang pesan jangan teran.
Nanti bengkak kepala anak tu. Aduh, memang tak tahu nak buat apa bila sakit itu
datang.
5.30pm - Lega sangat bila kakitangan hospital datang untuk tolak mama ke bilik bedah. Sangat kalut keadaan dalam bilik tu sebab kontraksi asyik datang
tiba-tiba dan mama asyik bergerak ke kiri dan ke kanan. Ada yang marah mama
tapi mama pekakkan saja.
6.02pm - Lahirlah Muhammad Dzul Alifrizqi secara pembedahan kerana poor
progress. (30 Mei 2015)
Kali pertama tengok Rizqi, mama terus bagi salam 'Assalamualaikum'...mereka
letak Rizqi di atas dada mama. Mama cium Rizqi puas-puas. Hati mama lega
sangat. Alhamdulillah.
P/S : Tujuan diletakkan jantina dan bangsa doktor adalah untuk menyegarkan
kembali ingatan saya kepada mereka. Tiada tujuan perkauman atau sebagainya. Apa
pun, mereka banyak membantu saya selama saya berada di sana. Terima kasih
semua.