Monday, July 18, 2016

Angin!!!


Kelmarin, saya kena tahan sebentar di unit kecemasan sebab angin sangkut. Terasa sesak nafas ni. Rasa nak muntah tapi tak muntah. Rasa nak sendawa tapi angin sendawa tak nak keluar. Terperangkap di dada saya. Seksa sangat.

 Lewat malam baru surrender dengan encik suami. Encik suami ajak ke hospital dari siang lagi. Jam 11 malam, Sabtu kami ke Hospital Selama. Anak kami ditinggalkan dengan mertua saya. Tujuan ke Selama pun sebab nak mengurut juga sebab saya dah mula rasa angin kus-kus ni sejak Khamis lagi(dua hari lepas).
Petang tadi dah dapat cuti sakit dari Klinik Azhar Kulim. Tapi pulang juga ke Selama sebab nak mengurut. Ingatkan boleh bertahan sampai esok. Haha. Akhirnya ke hospital juga saya.

Sampai saja kami di hospital, ada dua pesakit sedang dirawat di unit kecemasan hospital tu. Wah. Tak perlu beratur seperti di Penang.  Kalau masa sekarang di Penang, jangan haraplah boleh jumpa doktor segera.

Doktor yang memeriksa saya tu suspek saya sakit apendiks. Sebenarnya doktor Klinik Azhar tadi pun cakap macam tu jugak. Dia pesan, kalau bahagian kanan tu masih sakit lagi, sila ke hospital terus. Tapi saya sangat yakin saya diserang angin kus-kus. Sebabnya saya dah makan dua mangkuk mee kuah kelmarin. Haa itulah yang kita kata langgar pantang tu. Wanita lepas bersalin tak boleh makan makanan berangin. Mee adalah salah satu makanan penyumbang angin ke dalam badan.
Satu lagi sebab adalah kerana saya tidak pernah mengambil apa-apa ubat selepas bersalin. Nampak tak betapa berlagaknya ibu muda zaman sekarang? (muda ke)
Tapi saya saja kot yang ketegaq macam tu. Ibu-ibu lain bagus kan.

Selepas hampir 5 jam baring dengan tangan dicucuk untuk masuk air, saya dibenarkan pulang kerana tiada tanda-tanda sakit apendiks. Mereka buat blood test & urine test untuk saya. Terima kasih doktor. Kasihan encik suami tidur dalam kereta. Sayang abang ketat-ketat.

Saya diberi ubat angin, ubat gastrik dan ubat sakit perut. 
Alhamdulillah sakit berkurang. Tapi saya masih perlu bergantung kepada ubat.

Esoknya saya berurut. Badan memang terasa lebih ringan selepas berurut. 
Sedapnya berurut tu sampai saya janji dengan bidan tu nak jumpa lagi minggu depan. Seronok dia dapat client lagi minggu depan. Saya siap beli Arabica Coffee dan Tamar Cocoa yang beliau jual. Bagus betul bidan kampung ni. Sambil mengurut, sambil bisnes.

Selepas berurut, kami bersiap untuk pulang ke Seberang Jaya. Sebab sudah janji dengan maklang saya. Maklang buat open house. Raya tak habis lagi beb. Nak dijadikan cerita, elok sampai saja di rumah maklang, saya jadi tak sedap badan. Maklang pun jadi tukang urut sekejab. Haha. Dah la kena jaga cucu, kepung cucu ke sana ke mari. Kena urut mak cucu pulak. Kasihan maklang.

Sampai saja ke rumah kami, saya terus bakar batu untuk bertungku. Nasib baik batu ringan. Jadi rajin sikit nak bertungku sebab batu ringan. Kalau berat rasanya sampai hari ni tak bertungku.

Mulai hari ni, saya kenalah mula berpantang seperti ibu baru bersalin semula. Perlu berpantang semula kalau tak nak sakit macam kelmarin. 

Punya la rajin, tengah masak pun bertungku. Batu ringan kan. Terima kasih mak tolong cari batu sungai ni. Batu ni tahan panas sangat lama. Lepas sidai baju sambung bertungku sebab batu masih panas.


Sunday, July 10, 2016

Aidilfitri 2016

Selamat Hari Raya semua !


Tahun ni giliran beraya pertama di Ipoh.
Tema pakaian tahun ini ialah batik Sarawak.
Adik yang mengajar di Sarawak belanja kain batik Sarawak untuk kami.



Raya 1 :  Ipoh - Saya tempah seluar kecik untuk Rizqi juga.

Raya 1 : Kampung Air Ganda Gerik -  Melawat orang kampung abah

Raya 1 : Kampung Air Jada Gerik - Keluarga mak saya. Ramai juga tapi tak sempat nak bergambar beratur elok. Haha.



Raya 2 :  Ipoh - Beraya dengan ex-schoolmates Tambun.



Raya 3 :  Baling Kedah - Menziarah keluarga tok suami.


Raya 3 : Ramai kan orang Baling Kedah. Sampai tak larat ceq nak bukok mata.

Raya 4 : Teruskan raya melawat tempat orang. Panas weh.

Alhamdulillah, seronok juga beraya dengan banyak keluarga. Raya ke-5 kami duduk senyap-senyap kat rumah sebab sakit kepala 4 hari duk main panas. Raya ke-6 masing-masing dah mula kerja.