Monday, September 19, 2016

Pengasuh Bayi

Masa mula-mula Rizqi lahir, ibu mertua saya yang mengasuh dia di Selama, Perak. Ayah mertua saya masih berkhidmat sebagai polis trafik di sana.  Suami saya pula bekerja di Kelantan. Saya bekerja di Pulau Pinang. Jadi, setiap minggu, saya akan pulang ke Selama. Ikut rancangan asal, saya nak minta tolong ibu mertua mengasuh sementara saja. Sementara saya cari pengasuh. Tapi ibu mertua kata tak perlu cari pengasuh, dia nak jaga cucu. Saya pun oklah.
Masa umur Rizqi 6 bulan, suami saya dapat berhenti perkhidmatan sebagai tentera. Berhenti secara baik. Dapat sedikit pampasan. Kami pun berpindah dan tinggal sebumbung di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Masa tu suami belum dapat kerja baru, jadi, suamilah yang mengasuh Rizqi di rumah. Lama jugak suami mengasuh Rizqi. Hampir 4 bulan.
Masa tu saya tak pening kepala sangat pasal pengasuh sebab kawasan rumah tu dekat dengan rumah mak saudara saya. Memang kami dah bincang dan setuju nak upah mak saudara saya tu mengasuh Rizqi bila suami dapat kerja nanti.
Sempatlah mak saudara saya tu mengasuh Rizqi selama sebulan. 
Nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu, suami mak saudara saya dapat rezeki buka bisnes di Sungai Petani. dan mereka dan berpindah ke sana. Masa inilah bermulanya sakit kepala saya tentang pengasuh.
Saya ada call beberapa orang dan dapat jumpa beberapa orang. Akhirnya kami bersetuju hantar Rizqi ke rumah Kak Yang di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya. Tak sampai 15 minit dari rumah kami. Boleh jadi jauh kalau jalan sesak. Kawasan tu hot spot, selalulah sesak.
Hari pertama hantar Rizqi ke situ, hati saya betul-betul sedih. Betul-betul risau. saya terbayang yang bukan-bukan berlaku pada anak saya.
Tapi petang tu masa nak ambil Rizqi, saya keluar awal dari tempat kerja sebab nak ambil Rizqi. Ikutkan, suami akan ambil sebab saya balik lewat sikit dari suami.
Alhamdulillah anak saya ok.
Dan sampai ke hari ini, saya masih hantar Rizqi ke pengasuh yang sama.

Tapi saya ada satu masalah. Saya tak pernah call pengasuh tu masa saya di tempat kerja. Saya selalu teringin nak call, nak tanya macam mana anak saya hari ini. Tapi saya tak pernah call. Saya takut mengganggu pengasuh pulak. Dia bukan mengasuh anak saya seorang. Ada lagi 2 orang yang sebaya Rizqi. Dan yang lain 4 tahun ke atas.
Dan yang saya pasti, pengasuh ni pun ada waktu tidur dia pada waktu siang, waktu rehatlah tu. Pandai pengasuh ni cari waktu rehat. 

Tapi, overall, saya sangat berpuas hati dan takut sangat nak tukar pengasuh lain. semoga tak ada perkara-perkara yang menyebabkan saya terpaksa cari pengasuh lain nanti. 
Aminn..



 

Makan Kenduri Sambil Makan Angin

Haa tudia tajuk...banyak makan sungguh.

Kali ini kita makan kenduri di Perlis.
Kenduri bekas housemate saya zaman bujang dulu.
Kenduri ni serentak dengan kenduri kakaknya.

Inilah dia pengantinnya. Nurul Asyikin.

Sepasang lagi pengantin ialah kakaknya. Sat nah nak buh gambaq.

Haa ni kak yon namanya. Kakak si Nurul. Cantik kan adik beradik ni.
Siapa pun kalu dah jadi pengantin mestilah cantik.

Nak dijadikan cerita, saya dan suami bertolak awal dari Seberang Jaya ke Perlis. Kami masuk laluan Alor Setar. Lebih dekat. Tak sampai 2jam dah sampai Kangar. 

Takkan nak makan kenduri pukol 10.30pagi kan. So, kami pun pergi sarapan dulu di restoran nasi kandar di hadapan bangunan KWSP Kangar. Apa nama kedai nasi kandar tu pon saya dah lupa. Itu jela kedai untuk sarapan yang paling saya ingat pon.

Setel je makan, kami terus ke Taman Anggur. Taman Anggur tu dekat saja dengan rumah kenduri. Tapi taman dalam proses pengubahsuaian pulak. Jadi, tak boleh la kami masuk. Dapat bergambar di luar jela. Bukti kita dah sampai. Haha.
Tengok jam pon masih awal. Bincang punya bincang laki bini, kami pon ke Timah Tasoh. Tak sampai 15 minit pon dari Taman Anggur tadi.

Ni la salah gambar di Tasik Tasoh.
Saya teringin lama dah nak datang ke sini. Kali terakhir saya ke sini pada tahun 2010. Aktiviti bersama Fakulti Sistem Elektrik Unimap.
Dapat bergambar jela. Tak bolehla berenang. Seram kot berenang di tasik yang tenang macam tu. Lagipon nak hujan. Nampak langit tu?

Lepas tu, suami kata, alang-alang jom kita ke Padang Besar la. Ok, shopping terus la mak. Gambar tak sempat ambik sebab hujan masa kami sampai. Tapi dapatla beli kelambu. Nyamuk banyak ok sekarang. Mencegah lebih baik daripada merawat. 
Saya dapat tangkap satu periuk kukus jugak. Beli yang kecik saja sebab belum tahu nak buat apa lagi. Cuma rasanya saya akan perlukan periuk kukus tu suatu hari nanti. Ibu mertua dah komplen. Awat hang amik kecik sangat ni. Shh ibu jangan bisng-bising, dapat tomyam dah kan.
Penat berjalan dengan bawak2 barang, dukung anak lagi. Gilir-gilir dukung tapi penat jugak. Ini cuaca agak mendung. Kalau cuaca panas mesti lagi cepat letih. 
Lepas tu kami terus bertolak ke rumah kenduri. 
Jam 2.30petang baru sampai. Pengantin pun dah mula sesi fotografi. Bolehla kita sibuk-sibuk masuk dalam gambar tu.
Siap isi perut, kami minta diri nak check in pulak. Kami bermalam di Hotel Seri Malaysia Kangar.
Setakat ni saya bagi 'A' untuk hotel ni. Sebab saya tak demand sangat asalkan apa yang kami patut dapat, kami dapatla.
Suami punyalah teruja nak berendam di swimming pool hotel ni. Kalut-kalut saya siapkan anak. 

Muka takut. 
Rizqi nangis-nangis sebab gayat kakinya tak cecah apa-apa.

Malam tu kami keluar makan di Embun Dingin Steamboat. Dalam 5 minit saja dari hotel.
Asalnya saya nak makan di Renaz Steamboat. Punyala cari tak jumpa pun kedai tu. Bila tanya orang, rupanya kedai tu dah tutup dan dah tukar nama pun. Rasanya baru je lagi saya baca testimoni blogger yang makan di Renaz. Takda rezeki saya. Embun Dingin ni pun ok cuma tak banyak pilihan macam restoran steamboat yang pernah saya makan sebelum ini.

Esoknya kami sambung aktiviti berenang. Suami taknak keluar awal. Rugi katanya bayar sewa tapi keluar awal pulak. Hampir jam 12 tengahari barulah kami check out.

Check out time ni, kena cari makan la kan. Puas dah google sebelum keluar tadi makan di mana. Saya pilih Anjung Keli. Tak sampai 10 minit dari hotel tu. Semuanya tempat yang kami pergi, pusing-pusing kawasan Kangar saja. 

Restoran ni memang best. Banyak sangat lauk-pauk. Sampai suami saya lama sangat duk pusing-pusing tempat lauk tu. Tak tahu nak pilih yang mana katanya.
Harga pun sangat berpatutan. Recommended untuk sesiapa yang suka lauk-pauk kampung ni.

Kenyang perut suka hati. Dengan suka hatinya kami bertolak ke Tasik Melati. Ada apa di tasik ni. Tak ada apa-apa yang menarik pun. Sunyi dan sepi. Tak ada pengunjung. Untuk yang sedang cari ketenangan lepas putus cinta bolehlah mai lepak sorang-sorang tenung air tasik tu. Saya naik mengantuk bila berjalan bawah pokok-pokok rendang tepi tasik tu. Selepas ambil gambar sekeping dua, kami pun dah agak puas, nak baliklah. Tak mahulah lama-lama. Nanti Rizqi buat perangai pulak.

Perlis kecil je. Boleh pergi banyak tempat dalam dua hari saja.
Saya dah biasa ke Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam. Jadi, kali ini tak rasa nak ke sana pun. Ada lagi tempat yang belum kami lawat bersama. Tapi suami kata, tak sesuailah nak bawa Rizqi. Tempat tu macam keras je. Macam Gua Kelam dan Bukit Air. Suami ada ajak masuk Taman Ular. Tak beranilah saya.

Ok, lainkali, ada rezeki, kita datang lagi ke Perlis ye. Banyak lagi tempat menarik yang kita belum tengok di sini. Negerinya kecil tapi nampak sangat luas dengan sawah-sawah padi dan kawasan-kawasan yang belum dibangunkan.
Tunggu Rizqi besar nanti, kita mai lagi. Cau..

















Tuesday, September 6, 2016

Review Coklat Love Habibi

Masalah angin memang masalah besar saya dari zaman anak dara lagi. Kalau silap makan sikit, mulalah perut ni tak senang duduk. Bila angin dah mula terperangkap dalam badan, saya memang jenis susah nak kentut dan sendawa. Tapi bila dah keluar angin tu, leganya rasa. 

Angin terperangkap dalam badan memang menyeksakan.
Dan dah pelbagai jenis ubat saya pernah makan untuk membuang angin. Banyak produk yang menjadi. Nak senaraikan pon dah lupa sebab terlalu banyak. 

Terbaru, saya cuba pulak Coklat Love Habibi. Coklat ini ialah produk Jamu Susuk Dara. 
Nama saja coklat tapi taklah semanis coklat. Saya pon tak tahu nak terangkan apa rasanya. Tak pahit. Ada rasa lemak-lemak coklat. Sedikit berangin.

Selepas seminggu makan coklat ini, saya memang mudah kentut, mudah membuang, badan sangat bertenaga, dan yang sedikit merisaukan ialah, saya jadi rindu kat suami. Oppss..Mungkin itu salah satu fungsi jamu susuk dara kot.

Siapa yang ada masalah seperti saya, bolehlah cuba coklat ni.
Harga coklat ni RM48. 
Kita kena gentel sendiri bagi dia jadi bulat-bulat. Jangan bagi kena air, nanti coklat ni tak tahan lama. Coklat ni tak busuk, jadi, saya tak ada masalah nak makan. Rasanya pon tak kuat.



Gambar ihsan google




Saturday, September 3, 2016

Nak travel!

Hai hai....

Seronoknya tengok gambar-gambar yang kawan-kawan kongsi di facebook dan instagram. Mereka bercuti ke London, Paris, New Zealand, Switzerland, dan lain-lain tempat. Dalam hati ini Allah saja yang tahu betapa teringinnya nak ke sana. Teringin sangat nak hirup udara di sana.

Baru-baru saya dapat tahu ada seorang kawan saya buat macam 'tour guide' ke Korea, Australia, dan Thailand. Harga pakej yang agak murah. Tapi takkan la saya nak travel seorang kan. Suami dan anak tak boleh tinggal. Lagipun, target saya bukan negara-negara itu. Target saya adalah London or Europe. Buat masa sekarang, saya masih belum mampu. Boleh mimpi sajalah. 

Semoga impian saya yang ini tercapai.   

Saya tahu blog saya tak ada pembaca setia. Tapi harap-harap ada yang mendoakan.

Aminn.....