Monday, September 19, 2016

Pengasuh Bayi

Masa mula-mula Rizqi lahir, ibu mertua saya yang mengasuh dia di Selama, Perak. Ayah mertua saya masih berkhidmat sebagai polis trafik di sana.  Suami saya pula bekerja di Kelantan. Saya bekerja di Pulau Pinang. Jadi, setiap minggu, saya akan pulang ke Selama. Ikut rancangan asal, saya nak minta tolong ibu mertua mengasuh sementara saja. Sementara saya cari pengasuh. Tapi ibu mertua kata tak perlu cari pengasuh, dia nak jaga cucu. Saya pun oklah.
Masa umur Rizqi 6 bulan, suami saya dapat berhenti perkhidmatan sebagai tentera. Berhenti secara baik. Dapat sedikit pampasan. Kami pun berpindah dan tinggal sebumbung di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Masa tu suami belum dapat kerja baru, jadi, suamilah yang mengasuh Rizqi di rumah. Lama jugak suami mengasuh Rizqi. Hampir 4 bulan.
Masa tu saya tak pening kepala sangat pasal pengasuh sebab kawasan rumah tu dekat dengan rumah mak saudara saya. Memang kami dah bincang dan setuju nak upah mak saudara saya tu mengasuh Rizqi bila suami dapat kerja nanti.
Sempatlah mak saudara saya tu mengasuh Rizqi selama sebulan. 
Nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu, suami mak saudara saya dapat rezeki buka bisnes di Sungai Petani. dan mereka dan berpindah ke sana. Masa inilah bermulanya sakit kepala saya tentang pengasuh.
Saya ada call beberapa orang dan dapat jumpa beberapa orang. Akhirnya kami bersetuju hantar Rizqi ke rumah Kak Yang di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya. Tak sampai 15 minit dari rumah kami. Boleh jadi jauh kalau jalan sesak. Kawasan tu hot spot, selalulah sesak.
Hari pertama hantar Rizqi ke situ, hati saya betul-betul sedih. Betul-betul risau. saya terbayang yang bukan-bukan berlaku pada anak saya.
Tapi petang tu masa nak ambil Rizqi, saya keluar awal dari tempat kerja sebab nak ambil Rizqi. Ikutkan, suami akan ambil sebab saya balik lewat sikit dari suami.
Alhamdulillah anak saya ok.
Dan sampai ke hari ini, saya masih hantar Rizqi ke pengasuh yang sama.

Tapi saya ada satu masalah. Saya tak pernah call pengasuh tu masa saya di tempat kerja. Saya selalu teringin nak call, nak tanya macam mana anak saya hari ini. Tapi saya tak pernah call. Saya takut mengganggu pengasuh pulak. Dia bukan mengasuh anak saya seorang. Ada lagi 2 orang yang sebaya Rizqi. Dan yang lain 4 tahun ke atas.
Dan yang saya pasti, pengasuh ni pun ada waktu tidur dia pada waktu siang, waktu rehatlah tu. Pandai pengasuh ni cari waktu rehat. 

Tapi, overall, saya sangat berpuas hati dan takut sangat nak tukar pengasuh lain. semoga tak ada perkara-perkara yang menyebabkan saya terpaksa cari pengasuh lain nanti. 
Aminn..



 

1 comment:

  1. As salam..sekarang ni masih hantar anak ke pengasuh ni ke? klau masih lagi.sya pun nak hntar anak juga

    ReplyDelete