Monday, September 19, 2016

Makan Kenduri Sambil Makan Angin

Haa tudia tajuk...banyak makan sungguh.

Kali ini kita makan kenduri di Perlis.
Kenduri bekas housemate saya zaman bujang dulu.
Kenduri ni serentak dengan kenduri kakaknya.

Inilah dia pengantinnya. Nurul Asyikin.

Sepasang lagi pengantin ialah kakaknya. Sat nah nak buh gambaq.

Haa ni kak yon namanya. Kakak si Nurul. Cantik kan adik beradik ni.
Siapa pun kalu dah jadi pengantin mestilah cantik.

Nak dijadikan cerita, saya dan suami bertolak awal dari Seberang Jaya ke Perlis. Kami masuk laluan Alor Setar. Lebih dekat. Tak sampai 2jam dah sampai Kangar. 

Takkan nak makan kenduri pukol 10.30pagi kan. So, kami pun pergi sarapan dulu di restoran nasi kandar di hadapan bangunan KWSP Kangar. Apa nama kedai nasi kandar tu pon saya dah lupa. Itu jela kedai untuk sarapan yang paling saya ingat pon.

Setel je makan, kami terus ke Taman Anggur. Taman Anggur tu dekat saja dengan rumah kenduri. Tapi taman dalam proses pengubahsuaian pulak. Jadi, tak boleh la kami masuk. Dapat bergambar di luar jela. Bukti kita dah sampai. Haha.
Tengok jam pon masih awal. Bincang punya bincang laki bini, kami pon ke Timah Tasoh. Tak sampai 15 minit pon dari Taman Anggur tadi.

Ni la salah gambar di Tasik Tasoh.
Saya teringin lama dah nak datang ke sini. Kali terakhir saya ke sini pada tahun 2010. Aktiviti bersama Fakulti Sistem Elektrik Unimap.
Dapat bergambar jela. Tak bolehla berenang. Seram kot berenang di tasik yang tenang macam tu. Lagipon nak hujan. Nampak langit tu?

Lepas tu, suami kata, alang-alang jom kita ke Padang Besar la. Ok, shopping terus la mak. Gambar tak sempat ambik sebab hujan masa kami sampai. Tapi dapatla beli kelambu. Nyamuk banyak ok sekarang. Mencegah lebih baik daripada merawat. 
Saya dapat tangkap satu periuk kukus jugak. Beli yang kecik saja sebab belum tahu nak buat apa lagi. Cuma rasanya saya akan perlukan periuk kukus tu suatu hari nanti. Ibu mertua dah komplen. Awat hang amik kecik sangat ni. Shh ibu jangan bisng-bising, dapat tomyam dah kan.
Penat berjalan dengan bawak2 barang, dukung anak lagi. Gilir-gilir dukung tapi penat jugak. Ini cuaca agak mendung. Kalau cuaca panas mesti lagi cepat letih. 
Lepas tu kami terus bertolak ke rumah kenduri. 
Jam 2.30petang baru sampai. Pengantin pun dah mula sesi fotografi. Bolehla kita sibuk-sibuk masuk dalam gambar tu.
Siap isi perut, kami minta diri nak check in pulak. Kami bermalam di Hotel Seri Malaysia Kangar.
Setakat ni saya bagi 'A' untuk hotel ni. Sebab saya tak demand sangat asalkan apa yang kami patut dapat, kami dapatla.
Suami punyalah teruja nak berendam di swimming pool hotel ni. Kalut-kalut saya siapkan anak. 

Muka takut. 
Rizqi nangis-nangis sebab gayat kakinya tak cecah apa-apa.

Malam tu kami keluar makan di Embun Dingin Steamboat. Dalam 5 minit saja dari hotel.
Asalnya saya nak makan di Renaz Steamboat. Punyala cari tak jumpa pun kedai tu. Bila tanya orang, rupanya kedai tu dah tutup dan dah tukar nama pun. Rasanya baru je lagi saya baca testimoni blogger yang makan di Renaz. Takda rezeki saya. Embun Dingin ni pun ok cuma tak banyak pilihan macam restoran steamboat yang pernah saya makan sebelum ini.

Esoknya kami sambung aktiviti berenang. Suami taknak keluar awal. Rugi katanya bayar sewa tapi keluar awal pulak. Hampir jam 12 tengahari barulah kami check out.

Check out time ni, kena cari makan la kan. Puas dah google sebelum keluar tadi makan di mana. Saya pilih Anjung Keli. Tak sampai 10 minit dari hotel tu. Semuanya tempat yang kami pergi, pusing-pusing kawasan Kangar saja. 

Restoran ni memang best. Banyak sangat lauk-pauk. Sampai suami saya lama sangat duk pusing-pusing tempat lauk tu. Tak tahu nak pilih yang mana katanya.
Harga pun sangat berpatutan. Recommended untuk sesiapa yang suka lauk-pauk kampung ni.

Kenyang perut suka hati. Dengan suka hatinya kami bertolak ke Tasik Melati. Ada apa di tasik ni. Tak ada apa-apa yang menarik pun. Sunyi dan sepi. Tak ada pengunjung. Untuk yang sedang cari ketenangan lepas putus cinta bolehlah mai lepak sorang-sorang tenung air tasik tu. Saya naik mengantuk bila berjalan bawah pokok-pokok rendang tepi tasik tu. Selepas ambil gambar sekeping dua, kami pun dah agak puas, nak baliklah. Tak mahulah lama-lama. Nanti Rizqi buat perangai pulak.

Perlis kecil je. Boleh pergi banyak tempat dalam dua hari saja.
Saya dah biasa ke Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam. Jadi, kali ini tak rasa nak ke sana pun. Ada lagi tempat yang belum kami lawat bersama. Tapi suami kata, tak sesuailah nak bawa Rizqi. Tempat tu macam keras je. Macam Gua Kelam dan Bukit Air. Suami ada ajak masuk Taman Ular. Tak beranilah saya.

Ok, lainkali, ada rezeki, kita datang lagi ke Perlis ye. Banyak lagi tempat menarik yang kita belum tengok di sini. Negerinya kecil tapi nampak sangat luas dengan sawah-sawah padi dan kawasan-kawasan yang belum dibangunkan.
Tunggu Rizqi besar nanti, kita mai lagi. Cau..

















No comments:

Post a Comment