Tuesday, April 25, 2017

Speech Delay 2

Selepas doktor di Klinik Kesihatan selama detect yang Rizqi lambat bercakap, kami dapat appointment bersama pakar di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang (BM). 

Kali pertama berjumpa pakar di hospital BM, Rizqi mungkin penat atau takde mood. Rizqi kurang beri kerjasama. Pakar tu cuba nak periksa telinga Rizqi. Sebab kata mereka, masalah kurang bercakap mungkin kerana masalah pendengaran. Saya tahu pendengaran Rizqi adalah baik. Sebab Rizqi boleh ikut hampir semua arahan saya kalau mood dia pun baik. Tapi takpe, saya ikut sahaja arahan pihak hospital. Ikut prosedur ye. 

Tapi hari tu Rizqi tak bagi orang pegang telinga dia pulak. Jadi, pihak hospital buat janji temu kedua, iaitu 4 bulan kemudian. Hamek kau! Kena paham ye. Kita appointment dengan hospital kerajaan. Yang penuh dengan rakyat marhean. Jadi, semua tarikh yang dekat-dekat dah pun penuh. Tunggu la kau lagi 4 bulan.

Dipendekkan cerita, 4 bulan kemudian, dalam April ni la, saya dan suami ambil cuti, kami bawak Rizqi ke hospital BM semula. 

Hari ni Rizqi baik je. Doktor pegang telinga pun dia senyum je. Macam malu-malu tapi dia biar je. So, doktor berjaya periksa telinga Rizqi. ada sedikit kekotoran dan air. Air tu sebab Rizqi sedang selsema masa tu. Kekotoran tu mungkin ada sejak lahir. Doktor bagi minyak zaitun untuk cuci dalam telinga.

Kemudian kami masuk ke bilik mainan. Dalam bilik tu, doktor ajak Rizqi main satu permainan. Rizqi perlu masukkan barang-barang mainan ke dalam bakul yang disediakan. Tapi yela. Anak saya manalah paham apa yang doktor tu cakap. Benda yang biasa dia dengar dia paham la. Kalau kat rumah lain caranya saya bagi arahan. Takdela se-skema mereka. Tapi takpe.Kita ikut jugak prosedur. 

Adalah beberapa arahan doktor yang Rizqi berjaya ikut. Tapi akhirnya, Pertemuan ini ditunda lagi ke bulan Jun. 

Lambat lagi rupanya nak habis. Haha.

Oklah. Kita tunggu cerita bulan Jun pula ye.

Untuk pengetahuan semua, Rizqi dah mula bercakap bahasa 'German'. Sepatah haram saya tak paham. Tapi dia cuba berkomunikasi dengan kami dengan bahasa dia tu.
Bila ke rumah saudara mara, ada yang kata ramai budak yang cakap macam tu, tapi akhirnya bercakap normal. Diharap mama Rizqi bersabar di atas dugaan ini. Ya! Sangat bersabar!  



Speech Delay

Saturday, March 25, 2017

Trip 3 hari 2 malam ke Pangkor!

      Ini kali kedua kami akan ke Pangkor. Dulu masa kali pertama ke sana berdua saja. Masa tu konon honeymoon la. Selesai kenduri di rumah suami, esoknya terus lari ke Pangkor. Kali ni kami datang bertiga, dengan hero, permata hati mama seorang ni.

Trip kali ni memang dirancang sebab saya memang tak suka benda last minit. Saya dah tempah bilik awal walaupon saya tahu bukan susah nak walk in dan dapat harga murah di Pangkor.

Dan saya sudah pun rancang segala aktiviti kami di sana, so, takdalah buang masa. Padahal tujuan trip ini adalah untuk rileks-rileks tapi mama buat jadi macam rombongan sekolah pulak. Bukan semua aktiviti berjalan seperti jadual pun. Tapi sekurang-kurangnya kami tak pikir lama sebelum keluar dari bilik tu.

Ok, pada hari pertama, kami bertolak awal dari Penang sebab dah target nak check in ke resort tu sebelum jam 3 petang. Kali pertama ke Pangkor dulu, kami ikut laluan ke Ipoh, so, dah buang banyak masa sebenarnya di situ. Kerana laluan lebih dekat antara Penang-Lumut adalah melalui Changkat Jering. Tengok maps yang saya attach di bawah ye.




Kami terus menuju ke Lumut sebab kami pernah parking di Lumut. Tak pernah lagi ke Marina. Lagipun kami tak lah terkejar masa sangat. Kalau naik bot dari Marina lebih cepat sampai ke Pangkor.

Di Lumut, kami parking kereta di parking berbumbung. Harga parking sangat berpatutan. Kami pilih petak parking betul-betul depan CCTV. Mudah la kalau apa-apa terjadi nanti. Harap tak jadi apa-apa la kan kepada semua, sesiapa saja.

Lepas parking, kami terus ke jeti. Suami saya ke kaunter tiket dulu sementara saya dan anak duduk di restoran di jeti tu. Banyak restoran di jeti, pilih saja mana-mana. Tapi harga makanan di situ boleh tahan la mahalnya. Lepas makan, kami tak perlu tunggu lama sebab bot pun sudah sampai.

Sepanjang perjalanan ke Pangkor, kami suami isteri agak gelisah sebab Rizqi, anak kami tu takut air rupanya. Rizqi macam tak boleh tengok laut besar macam tu. Dia nangis-nangis je. Masa tu dalam hati saya duk kata, cepat-cepatlah sampai sana. Puas pujuk macam-macam. Dia berhenti nangis tapi masih merengek-rengek.

Sampai sana, kami lega sikit la. Turun je dari bot, ramainya owner motor sewa dan kereta sewa duk menunggu mangsa. Haha

Kami pilih satu motor skuter yang agak baru. Sewa untuk dua hari dengan harga RM70. Suami kata oklah tu, motor baru kan. Tapi minyak takde. Kena cari stesen minyak dan barulah ke resort. Kami jimat-jimat. Cuma isi RM4 je untuk dua hari.

Sampai di resort sudah hampir jam 3 petang. Di kaunter tu ada tulis, boleh check in bermula jam 2.30petang. Kami menginap di Pangkor Bay view Resort dengan harga RM135 satu malam. Kawan saya menginap di resort yang sama, tapi bukan hujung minggu dengan harga RM100 satu malam, jeles ok. Resort ok sebab ada swimming pool. 

Inilah rupa bilik kami. Kami bukan jenis high demand, so, kami dah cukup puas hati.
(Gambar ihsan google)



Mama dan ayah memang dah berangan nak berendam lama-lama kat swimming pool tu. Tapi nasib badanla anak nangis-nangis kat pool. Nampak macam kami dera anak pulak. So, cuma duduk sekejab saja di pool. Kami ke pantai. Mandi laut lagi best sebab orang tak dengar Rizqi nangis. Bunyi ombak lebih kuat. Jahat tak mama. Tapi tak lama sebab di pantai ada batu-batu dan kulit kerang. Rizqi main-main dengan batu-batu sampai lupa yang dia takut air.

Puting tetap lekat di situ


Tempat-tempat yang kami lawati semasa di Pangkor ialah, Kota Belanda dan Taman Fu Lin Kong.
Aktiviti lain tak sempat buat sebab hari hujan. Haha. Penat mama buat jadual aktiviti kan. Lagipun, bawak anak kecik, aktiviti agak terhad. Ayahnya boleh je nak pergi snorkelling tapi dia pikir, takkan dia nak bercakap sorang-sorang kat sana. Betul jugak. Jadi, kami betul-batul habiskan masa bertiga di sana. 

Rizqi suka naik motor. Jadi, kami memang banyak meronda dengan motor.

Saya sempatlah beli ikan bilis di Kedai Paksu yang glamor tu. Tapi ole-ole banyak beli di Lumut. Mudah sebab tak perlu bawak banyak barang naik bot.

Hari yang last tu, kami mandi laut sekali lagi sebelum check out. Makan tengah hari di Lumut jugak.

Ok, sampai di situ saja trip kali ni.

Nak share satu cerita, saya sudah pun tempah tiket ke Sabah untuk November ni. Tapi, malangnya atau bertuahnya, tapi saya pilih bertuahnya, selepas menempah tiket yang berharga RM800 untuk 3 orang tersebut, saya disahkan hamil sebulan setengah. Saya tak perasan pulak. November tu nanti, saya dah hampir bersalin pun. Boleh je nak tukar tarikh tapi kena tambah banyak RM lagi. Lari pulak bajet raya nanti. Jadi, terpaksalah burn tiket tu sebab tiket tu tiket promosi. Mahal kan tiket promosi yang saya dapat. Suami tak nak pergi sana seorang. Tak pe. Bukan rezeki kami. Saya dah redho sebab apa yang bakal kami terima jauh lebih berharga daripada RM800 itu. Insha allah.

P/s: Semoga kebahagiaan milik semua. Doakan saya dan baby baru, dan keluarga saya semuanya  sihat sejahtera. Aminn..