Sunday, August 28, 2016

Homemade Lasagna

Assalamualaikum...
hai hai hai

Minggu lepas husband saya request nak makan lasagna. Kalau beli mestilah mahal. Itu pun belum confirm sedap. Jadi apakata kalau kita buat sendiri.


Si kecik pon tak sabar nak rasa



Bahan-bahan yang saya guna ialah;

1- kepingan lasagna
2- sos spagetti mushroom kimball
3- susu kotak full cream dutch lady 
4- kepingan keju cheesedale
5- daging burger ramly
6- capsicum hijau
7- bawang besar
8- sedikit tepung gandum




Cara-caranya ialah;

1- Rebus kepingan lasagna sehingga lembut sebanyak yang diperlukan. 

2- Tumis bawang merah hingga naik bau.
3- Masukkan daging burger dan hancurkan dengan senduk. Kuantiti bergantung kepada anda. Kacau sehingga daging masak.
4- Masukkan sos spagetti dan capsicum. Kacau sehingga masak.
5- Ketepikan sementara siapkan sos putih di bawah.

6- Cairkan butter/mentega/planta di dalam kuali bersih.
7- Masukkan 3 sudu tepung gandum. Kacau sehingga sebati.
8- Masukkan susu cair. Kacau sehingga sebati. Saya tak masukkan cheese.

9- Susun kepingan lasagna di dalam bekas.
10-Taburkan daging di atas kepingan lasagna.
11-Tuang sos putih.
12-Patah-patahkan kepingan keju cheesedale di atasnya.
13-Ulang langkah 9 sehingga 12 sehingga penuh loyang atau bekas anda.
14-Lebihkan keju di lapisan paling atas.

15-Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit.


Hasilnya mestilah nampak berlapis-lapis. Cantik kan? Haha


Lain orang lain cara. Alhamdulillah saya repeat cara yang sama, buat untuk adik-adik ipar waktu hujung minggu itu. Sangat laku. 
Saya tak guna banyak cheese kerana rasa cheese yang melampau boleh buat kita cepat muak. Nanti dah muak, tak habis pulak lasagna ni nanti. 
Tak banyak gambar yang sempat di ambil. Silalah cuba.