Monday, November 21, 2016

Speech Delay

Anak Saya Lambat Bercakap

Umur anak saya 1 tahun 6 bulan. Minggu lepas kami ke klinik untuk temu janji 1 tahun 6 bulan.
Sementara menunggu giliran, saya biarkan Rizqi main di 'play area' dalam klinik tu. Rizqi memang sukalah tempat macam tu. Dia akan panjat semua bahagian. Biasanya kalau ke taman permainan, Rizqi akan panjat papan gelongsor dengan sendiri dan turun sendiri. Mula-mula risau jugak. Tapi saya kena terima hakikat yang anak saya ni lelaki yang lasak.





Saya perasan Rizqi memang suka berkawan. Dia akan cuba bercakap-cakap dengan kanak-kanak yang baru dia jumpa di taman permainan atau mana-mana tempat. Contoh kali ini saya tengok dia cuba ikut kanak-kanak yang ada di klinik tu. Saya cuma biarkan saja. Kesian jugak sebab kanak-kanak lain cuba lari dari dia. Mungkin tak biasa. Haha




Bila tiba giliran Rizqi, seperti biasa nurse akan timbang & ukur tinggi Rizqi. Semua normal. Kemudian, sesi interview cara penjagaan anak. Semuanya normal juga sehinggalah nurse tu tanya, 'Rizqi dah panggil mama ke?' Oh, belum. Ya. Anak saya belum panggil saya mama. Dan saya jawab dengan jujur. Kena jujur ye puan-puan. Supaya tiada masalah kemudian hari. 
Sebelum ni memang saya dan suami selalu ajar anak saya panggil kami, mama dan ayah. Dan Rizqi pernah ajuk saya semasa saya panggil suami saya 'abang'. Rizqi pun panggil ayahnya "abang!". 

Tapi masalahnya sekarang, bukan setakat dia belum panggil mama atau ayah. Rizqi juga belum sebut "Nak..!" atau "akit...(sakit)" atau "akan...(makan)" atau "ucu...(susu)".

Kata nurse, sepatutnya umur Rizqi sekarang, Rizqi sudah boleh sebut 3 perkataan yang bermakna. Paling mudah seperti 'mama', 'ayah', atau 'nak', atau 'susu'.
Tapi tidak. Sekarang ni, apabila nak beritahu kami apa-apa, Rizqi cuma akan tunjuk atau nangis-nangis sahaja.

Nurse kemudian refer kami untuk jumpa doktor yang ada di klinik tu.

Ibu mana yang tak teringin nak dengar anaknya bercakap. Saya dan suami selalu cuba ajar Rizqi sebut apa-apa yang mudah. Tapi mungkin belum masanya. Suami pun selalu pesan kepada saya. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Anak kita ada kelebihan dia sendiri. Ya, Rizqi ada kelebihan dia sendiri. Dan saya selalu pujuk hati sendiri untuk sabar sebab saya memang bukan jenis penyabar. 

Ok, sambung cerita kat klinik tadi. Punyalah lama nak tunggu giliran untuk jumpa doktor. Yang jadi lewat ni, sebenarnya saya terlupa ada temu janji hari tu. Tujuan pulang ke Selama memang untuk ke klinik tapi boleh pulak lupa bila tiba harinya. Lagi lamalah Rizqi main di play area tu. Main penat-penat, balik rumah nanti, mesti dia terus tidur. 

Bila tiba giliran kami, saya pun disoal macam-macamlah oleh doktor tu. Sampai saya tak sedar saya terlepas Rizqi keluar dari bilik doktor tu. Fikiran saya masa tu sedikit terganggu la, sampai saya boleh lupa yang saya sepatutnya pegang Rizqi. Rizqi pulak memang sedang meronta nak keluar dari bilik tu. Patutlah doktor tu buat muka pelik. Nasib baiklah doktor jenis tak garang. Kalau dapat macam doktor MediKids tu, mati mak.

Kemudian, doktor tu cuba uji Rizqi. Alhamdulillah, Rizqi lulus ujian. 
Doktor tu bagi satu 'stamp' yang berpenutup seperti pen kepada Rizqi. Rizqi pon capai benda tu dan terus bukak. Kalut sikitlah doktor tu. Sebab mungkin 'stamp' tu boleh buat meja dia kotor. Haha.
Kemudian doktor bagi arahan-arahan mudah kepada Rizqi. Contohnya 'nah, ambik ni.' 'Bagi balik'. Rizqi boleh ikut semua tu. Jadi, doktor kata, motor skill dia ok. Masalah mulut je berat nak sebut apa-apa kot. Tapi doktor masih akan refer kepada pakar. Saya pilih untuk buat di Seberang Jaya saja. Mudah bagi kami sebab kami tinggal di Seberang Jaya.

Semasa saya menulis ni, kami belum tetapkan temu janji. Saya akan sambung cerita terapi bersama Rizqi lainkali ya. 







Monday, November 7, 2016

Enerfiber



Anda ada masalah sebegini??
-masalah berat badan dan perut buncit
-sembelit
-angin dalam badan, perut sebu dan senak
-badan lesu dan letih
-lemah daya tumpuan dan ingatan
-jerawat dan bintik hitam di muka
-keguguran rambut dan kuku rapuh
-cepat marah dan murung
-kitaran haid tidak normal
-sering sakit di bahagian leher, kepala, bahu, tengkuk, belakang, pinggang, dan sendi

Anda wajib mencuba ENERFIBER!!





Keistimewaan Enerfiber :

-Tiada rasa mual, loya atau rasa nk muntah!
-Tiada cirit birit atau sakit perut!
-Tiada rasa berdebar2 atau jantung berdegup laju!
-Tiada rasa nk pitam, pening atau sakit kepala!
-Tiada rasa berpeluh2 atau panas badan!
-Tiada rasa stress!


Kesan pengambilan ENERFIBER :

● senang lawas, sangat sesuai untuk orang yg mengalami sembelit
● membuang angin dalam badan dengan berkesan
● menghilangkan sebu, senak dan tidak selesa perut
● kandungan serat/fiber yg tinggi memberi rasa kenyang
● perut terasa kempis
● badan akan berasa sangat ringan
● lebih bertenaga melakukan aktiviti harian
● mengelakkan mengantuk,penat,tidak bermaya,hilang daya tumpuan akibat pengumpulan toksin terlalu banyak dalam badan
● menurunkan berat badan dengan selamat akibat pembuangan toksin.


HUBUNGI SAYA SEGERA
RIMI : 017 549 6117






Jus Alkurma

Minuman sunnah 100% Kurma Ajwa

Khasiat Utama ALKURMA:

1. Menambahkan susu badan (Milk Booster)

2. Menurunkan bacaan demam kuning

3. Merawat Eczema

4. Mencerdaskan minda (Brain Booster)

5. Memberikan tenaga segera (Energy Booster)


Dapatkan segera

Hubungi saya
Rimi : 017 549 6117