Monday, May 30, 2016

Bayi Cirit Birit Dan Susu Formula Pilihan Mama

Bila anak dah makin besar, dah makin aktif, mama la yang makin teruja nak buat benda baru.
Kesalahan mama kali ini ialah, mama bagi susu untuk bayi umur setahun awal seminggu sebelum harijadi Rizqi. 

Sebelum ini Rizqi minum susu Dutch Baby untuk 6-12 bulan. Baru-baru ini mama belikan susu Dutch Lady Curious untuk bayi umur 1-2 tahun. Mama pun cuba rasa juga susu ni. Rasa vanila yang amat kuat. Sedapla juga.

Baru sehari minum susu ni, Rizqi telah mengalami cirit-birit. Mungking kerana mama tak campur sikit-sikit dulu susu tu. 

Pada hari pertama, mama ingatkan itu kesan minum Jus Caliph. Tapi, masuk hari kedua, cirit-birit Rizqi bertambah teruk kerana sudah bercampur darah. Mestilah mama jadi kalut. 
Tapi mama perlu bertenang. Tak boleh buat kalut. Takut nanti ayah akan jadi lebih kalut apatah lagi kalau mama beritahu ayah tentang darah tu. Tak apa. Mama boleh cari ubat. 

Sebenarnya malam tadi mama dah google dah tentang cirit-birit Rizqi ni. 
Ramai ibu-ibu yang ada pengalaman seperti mama. Mereka akan cuba berikan susu tanpa laktosa kepada anak-anak mereka. Sebab mama yakin Rizqi jadi macam ni selepas minum susu baru tu.

Pagi ini, ayah pergi kerja. Mama minta izin ayah, mama nak bawak Rizqi keluar beli susu dan pergi klinik untuk ambil ubat cirit. Hari ini hari Sabtu. Klinik yang paling dekat buka lambat. Kita pergi beli susu saja. Mama belikan susu Similac Tanpa Laktosa yang tin kecil. Tujuan untuk cuba. Manalah tahu kalau Rizqi tolak susu ni.

Alhamdulillah, balik tu, Rizqi minum sampai habis.

Masa ayah balik kerja, mama suruh ayah makan dulu. Kemudian, mama ajak ayah ke klinik. Mama cakap, nak ambil ubat cirit untuk Rizqi. Nasib baiklah Rizqi aktif sangat-sangat. Tak nampak macam sakit pun. Jadi, takdalah ayahanda kalut. Haha. 
Sebelum bertolak ke klinik, Rizqi bagi 'hadiah' kat ayah dulu. Kesian ayah kena basuh punggung Rizqi. Hehe.

Kami ke klinik dan doktor suruh 'try & error' susu. Mungkin Rizqi 'lactose intolerant' katanya. Sebab Rizqi tak menunjukkan tanda-tanda keracunan makanan. Jadi, betullah kot apa yang mama baca tu. Mudah-mudahan susu yang mama beli tadi membantu.

Lepas jumpa doktor, kita terus balik rumah. Dan mama pantau Rizqi setiap masa. 

Alhamdulillah, lepas minum susu tu satu hari, Rizqi dah tak cirit lagi. Cepat betul kesan susu tu. Tapi mama kena ikut nasihat dari pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang lain. Rizqi minum dulu susu tu sampai perut Rizqi dah ok. Senang cerita, habiskan satu tin yang mama baru beli tu. Kalau ikot pesanan ramai, biar sampai dua minggu.

Ok, nanti kita update lagi perkembangan Rizqi lepas minum susu tu.

No comments:

Post a Comment